Judul : Ibu Sakit Tapi Tak Gila, Bukan Juga Disampuk Jin Tetapi Meracau, Menjerit, Katanya Ada Seseorang Yang Memanggil Di Luar Sana
link : Ibu Sakit Tapi Tak Gila, Bukan Juga Disampuk Jin Tetapi Meracau, Menjerit, Katanya Ada Seseorang Yang Memanggil Di Luar Sana
Ibu Sakit Tapi Tak Gila, Bukan Juga Disampuk Jin Tetapi Meracau, Menjerit, Katanya Ada Seseorang Yang Memanggil Di Luar Sana
Kisah seorang anak yang menceritakan pengalamannya menjaga ibunya yang dikatakan sakit tetapi tiada penyakit sehinggakan dikatakan gila dan tidak waras oleh saudara mara dan jiran tetangga.
Ibu Sakit, Bukannya Gila
Ibu, beberapa hari ini penuh di media sosial dengan post mengenai seseorang wanita yang bergelar ibu. Ada yang sedih, ada yang seronok. Mengalir air mata teringatkan ibu yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira setahun yang lalu. Sihatkah ibu di sana? Rindu sangat.Ceritaku bermula 10 tahun yang lalu, kebahagiaan seorang anak yang masih belajar di menengah atas dirampas tiba-tiba. Walaupun usia sudah matang (18 tahun) tapi belum puas rasanya bermanja tambahan anak bongsu. Ibu tiba-tiba sakit yang tak tahu dari mana puncanya. Ibu mula meracau, menangis, bercakap bukan-bukan seperti orang yang hilang akal.
Terlalu cepat sehingga tiada tanda-tanda penyakitnya itu. Cuma beberapa hari sebelum itu aku perasan ibu seperti tidak fokus. Termenung dan bila ku pangil berkali-kali, tidak disahut. Ku fikir mungkin ibu penat. Memang tiada satu tanda atau punca mengapa ibu jadi begitu.
Aku akui keluargaku hanya orang kampung, tidak kaya, fikiran keluarga juga tidak terbuka malahan taraf pendidikan juga tidak tinggi. Dalam keluarga hanya aku menjejak kaki ke Universiti itu pun kerana rezeki (tidak pandai mana pun). Oleh itu, perubatan kampung dan Islam menjadi pilihan utama dalam mengubati penyakit ibu yang memang tidak tahu apa puncanya.
Ibu pernah di hantar ke hospital pada awalnya tetapi doktor tidak menemui apa penyakitnya malahan ibu sihat. Tiada penyakit kronik. Doktor hanya nasihatkan cuba cara alternatif lain berjumpa pakar psikolgi.
Berbalik kepada keluargaku (termasuk saudara mara) yang agak tidak terbuka dan ditambah pula dengan pandangan orang kampung yang menganggap masalah mentah itu berkait gila sahaja. Ayahku tidak mahu, katanya nanti mak akan ditahan wad gila.
Aku mula merasa ibu mungkin ada penyakit depression atau berkaitan dengannya. Tidaklah aku begitu faham tentang ini. Tapi bagaimana aku nak yakinkan keluarga? Perubatan kampung perseorangan sampai ke klinik Islam, tiada satu pun berjaya. Mungkin kerana Allah belum mengizinkan untuk ibu sembuh. Apa yang menyakitkan hatiku sebagai seorang anak, pelbagai andaian berbeza diberi oleh setiap pengamal perubatan. Ada yang kata ianya saka, ada yang cakap terkena buatan orang, tersampuk dan macam-macam lagi.
Dalam masa yang sama tertekannya aku sebagai seorang anak melihat ibu yang menjadi tempat kau bermanja kini mengasingkan diri. Adakalanya meracau mahu lari dari rumah dan menjerit-jerit. Ayah akan azan dan membaca ayat-ayat yang diajar oleh ustaz. Habis lembam badannya terpaksa aku gagahi juga memegangnya, meronta-ronta mahu keluar rumah. Katanya ada orang panggil, kadang-kadang naik bulu roma dibuatnya.
Bila dia letih, dia akan tertidur. Kadang kala pukul 2-3 pagi baru ibu tidur dan aku tertidur di sampingnya. Awal pagi aku perlu ke sekolah. Entah mengapa awalnya seorang pemalas menjadi rajin ke sekolah. Aku bukan pelajar cemerlang tapi Alhamdulillah keputusan STPM membawa aku ke IPTA.
Di sekolah aku menjadi seceria mungkin. Gelak ketawa sepanjang hari, boleh dikatakan hanya kawan rapat sahaja tahu ibuku sakit. Itu caraku hilangkan stress dan mengubat hati. Aku jenis memendam dan perahsia serta tidak suka tunjuk kesedihan.
Hari berganti hari, tahun bertemu tahun. Ibu masih tidak sembuh. Berubat di sini sana tapi belum rezeki baik barangkali. Ibu makin lama makin susut badannya. Mata ibu ada selaput. Lama-lama makin meliputi anak matanya. Dia mula rabun. Sejak itu, dia kurang aktif. Hanya mahu berada di biliknya.
Diajak berbual tidak mahu. Dia hanya duduk dalam dunia dia sahaja. Paling menyedihkan dia tidak lagi kenal anak-anaknya. Dia hanya ingat nama tapi tidak percaya itu kami (dia fikir kami masih kecil). Dia akan mula bertanya tentang orang-orang yang telah tiada. Seperti fikirannya dibawa ke belakang, dia tidak ingat tentang apa yang berlaku pada masa sekarang.
Sampailah waktu, berak dan kencingnya dipakaikan pampers. Dia tidak lagi memberitahu ingin ke tandas. Penyakitmu ibu memang menguji sungguh kesabaran keluargamu. Namun bersyukur ku diberi kesempatan berbakti kepadamu. Maafkan jika layananku tak setulus dan seikhlas engkau menjaga ku dari kecil, kadang kala akalku menguasai jiwa. Kami akui, kami redha. Sehinggalah Allah menjemputmu tahun lalu. walaupun perit, aku redha.
Andailah jika aku boleh undur waktu untuk menyakinkan keluarga membawamu ke pakar psiko pada awalnya, adakah ibu boleh dirawat? Persoalan ini diulang-ulang dalam otakku sampai ke hari ini ibu.
Ada yang menyatakan ini penyakit keturunan kerana arwah nenek (ibu kepada ibuku) juga sakit seakan ini. Ibu juga pernah meroyan sekejap tapi sembuh setelah dirawat cara kampung (masa itu umurku dalam 4 atau 5 tahun). Oleh itu, aku lebih percaya ibu ada masalah berkaitan mental berbanding tersampuk jin ke apa. Bukanlah menidakkan alam ghaib dan berkaitan.
Jadi apa yang aku ingin sampaikan disini, hasil kisah ibuku ini adalah tolonglah sama-sama ubah tanggapan kita terhadap penyakit mental malahan pesakit mental itu sendiri. Betapa sakit hati ini, bila ada orang memanggil ibuku gila. Malahan keluar dari mulut-mulut saudara terdekat. Tidak kurang yang membuat lawak bodoh. Jagalah perasaan dan sensitiviti keluarga yang terkena musibah ini. Stop be annoying.
Luka di hati itu tak ada ubatnya. Tidak kurang juga mulut-mulut yang bawa mulut ibuku membela saka, amal ilmu tak baiklah. Allah, Allah, Allah berdarah telinga mendengarnya.
IBU KU SAKIT BUKAN GILA!
Terlalu banyak hati ini telah terhiris tapi pesan ibu jangan berdendam dan maafkan orang menjadi ikutan hingga kini. Mungkin juga penyakit ibu itu penguji kepada kesabaran kami.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa ibu dan letakkan ibu di tempat yang selayaknya dan ampunkan juga dosa anakmu ini ibu. Kita pasti berjumpa nanti! Terima kasih lahirkan Naa (hari ini hari jadiku). Aku cuba untuk tidak menangis.
Always love u, Naa…
– Naa
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pw2lIC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ibu Sakit Tapi Tak Gila, Bukan Juga Disampuk Jin Tetapi Meracau, Menjerit, Katanya Ada Seseorang Yang Memanggil Di Luar Sana
Anda sekarang membaca artikel Ibu Sakit Tapi Tak Gila, Bukan Juga Disampuk Jin Tetapi Meracau, Menjerit, Katanya Ada Seseorang Yang Memanggil Di Luar Sana dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ibu-sakit-tapi-tak-gila-bukan-juga.html
0 Response to "Ibu Sakit Tapi Tak Gila, Bukan Juga Disampuk Jin Tetapi Meracau, Menjerit, Katanya Ada Seseorang Yang Memanggil Di Luar Sana"
Catat Ulasan