Judul : Kes Samun Dan Rogol Juruwang Dalam Siasatan Polis, Pemilik Pusat Judi Kinrara Tampil Buat Laporan
link : Kes Samun Dan Rogol Juruwang Dalam Siasatan Polis, Pemilik Pusat Judi Kinrara Tampil Buat Laporan
Kes Samun Dan Rogol Juruwang Dalam Siasatan Polis, Pemilik Pusat Judi Kinrara Tampil Buat Laporan
Susulan rakaman video kes samun dan juruwang pusat judi di Kinrara, Puchong yang dirogol oleh dua lelaki sehingga tular di media sosial, pemilik pusat judi berkenaan telah tampil membuat laporan polis, hari ini di Bandar Kinrara, lapor Harian Metro.
Lelaki yang berusia 40 tahun itu telah mengesahkan kejadian berkenaan berlaku pada jam 11 pagi pada 11 Mei lalu di premisnya di Kinrara Niaga, Bandar Kinrara, Puchong.
Lelaki itu hadir pada jam 4.23 petang, Sabtu turut memaklumkan bahawa mangsa adalahh pekerjanya seorang warga Indonesia dan juga seorang lagi pekerja warga Bangladesh telah menghilangkan diri setelah rakaman kejadian itu jadi tular.
Menurut sumber, dua penjenayah yang melakukan perbuatan itu telah dikenalpasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis terbabit.
Menerusi siasatan yang dilakukan, premis berkenaan telah pun ditutup serta semua mesin judi turut dialihkan keluar selain hanya kerusi dan meja yang tinggal. Pengadu didapati tiada di premis tersebut ketika kejadian dan berada di Kuala Lumpur dan siasatan lanjut terhadap premis berkenaan masih lagi diteruskan.
Baca: Kes Samun Dan Rogol Di Pusat Judi Bandar Kinrara Puchong
Menurut sumber lagi, kesan cap jari yang terdapat di dinding premis berkenaan yang dipercayai milik kedua penjenayah terbabit turut diambil dan tujuh kesan air mani yang terdapat di atas lantai tempat yang dipercaya kedua penjenayah berkenaan merogol mangsa.
Kedua-dua penjenayah berkenaan turut disyaki terbabit dalam kes samun dan rogol di pusat judi berlainan iaitu di Taman Sentosa, Klang, 26 April lalu, katanya.
Sementara itu, satu pasukan penyiasat khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dan mengenalpasti lokasi pusat judi yang didakwa berlakunya kes samun dan rogol itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, pihak polis telah dapat mengesan tentang penyebaran rakaman kejadian berkenaan melalui media sosial. Walau bagaimanapun, sehingga sebelah pagi, pada 13 Mei, tiada pihak yang membuat laporan polis, katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qhcVAw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kes Samun Dan Rogol Juruwang Dalam Siasatan Polis, Pemilik Pusat Judi Kinrara Tampil Buat Laporan
Anda sekarang membaca artikel Kes Samun Dan Rogol Juruwang Dalam Siasatan Polis, Pemilik Pusat Judi Kinrara Tampil Buat Laporan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kes-samun-dan-rogol-juruwang-dalam.html
0 Response to "Kes Samun Dan Rogol Juruwang Dalam Siasatan Polis, Pemilik Pusat Judi Kinrara Tampil Buat Laporan"
Catat Ulasan