Loading...

Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis

Loading...
Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis
link : Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis

Baca juga


Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk menjalankan siasatan rapi terhadap insiden dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian memandang serius kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Saya sudah arahkan DCA memberikan laporan siasatan itu. Kita tahu kemalangan itu tidak sepatutnya berlaku. Itu adalah satu kemalangan yang serius kerana ia jarang berlaku di KLIA. Insiden sekecil mana pun, kita akan siasat dan tunggu laporan kelak.

"Kita akan siasat semua sudut termasuk tayar yang digunakan, landasan, keadaan cuaca sama ada angin kencang dan apakah yang menyebabkan tayar itu pecah. Kita juga akan siasat penyelenggaraan Malaysia Airlines agar tahu punca dan pastikan isu dapat diselesaikan," katanya.

Liow ditemui pemberita selepas majlis penyertaan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam inisiatif Negaraku, yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Katanya Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman akan melihat keadaan itu sendiri di KLIA dan menyiasat secara mendalam.

Berikutan insiden itu, tindakan susulan telah diambil bagi memastikan semua infrastruktur, landasan, keselamatan dan sekuriti di KLIA dipertingkatkan dari semasa ke semasa, katanya.

Susulan insiden pada 7.13 pagi semalam yang membabitkan pesawat Boeing 738, Landasan 2 di KLIA ditutup sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew berkata kejadian tayat kempis itu boleh disebabkan satu serpihan sama ada ia berada di landasan semasa penerbangan itu berlepas di Jakarta atau semasa mendarat di KLIA.

"Kami tidak pasti namun kami menjalankan siasatan menyeluruh. Ia hanya seperti mempunyai tayar yang kempis namun tayar ini sangat mahal. Ia menyebabkan berlaku beberapa kerosakan kepada pesawat itu tetapi tidak ada drama. Kami memohon maaf di atas punca kelewatan. Keselamatan sentiasa diutamakan," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oWUofi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis

Sekianlah artikel Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kementerian-pengangkutan-arah-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi insiden tayar pesawat kempis"

Catat Ulasan

Loading...