Loading...

Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron

Loading...
Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron
link : Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron

Baca juga


Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka mahu mekanisma pemantauan dan pemerhatian secara berkala terhadap sekolah tahfiz di negeri ini diperkukuh bagi memastikan sekolah berkenaan mampu melahirkan pelajar berkualiti dengan sistem pembelajaran yang sistematik, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Justeru katanya, kerajaan negeri akan menjalin kerjasama termasuk dengan Jabatan Pendididkan Negeri Melaka terutamanya Sektor Pendidikan Islam jabatan itu bagi mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif di sekolah tahfiz seluruh negeri.

Beliau berkata selain itu, semua Anggota Dewan Undangan Negeri di Melaka juga diminta melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap institusi tahfiz di kawasan masing-masing antara lain bagi memastikan kebajikan setiap pelajar sekolah terjaga.

"Pemantauan secara menyeluruh itu melibatkan semua institusi tahfiz termasuk kerajaan dan swasta sama ada berdaftar atau pun tidak bagi memastikan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini terus diperkasakan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.

Melaka mempunyai sebanyak 28 sekolah tahfiz berdaftar seluruh negeri dan kira-kira 10 masih belum berdaftar.

IDRIS-TAHFIZ 2 (AKHIR) MELAKA

Idris berkata dengan adanya mekanisme tersebut diharap pengusaha tahfiz di negeri ini dapat mematuhi peraturan dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Beliau berkata secara tidak langsung ia dapat me­ngangkat kualiti pusat tahfiz dalam melahirkan murid dan pelajar cemerlang sekali gus memastikan kelicinan pentadbiran dan pengurusan institusi berkenaan.

Sementara itu, beliau menyeru semua penerima Program Perumahan Rakyat (PPR) yang masih belum mendiami kediaman mereka agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan daripada tawaran diterima.

Katanya sekiranya mereka gagal berbuat demikian pembatalan terhadap pemilihan rumah berkenaan akan dibuat dan tawaran unit terbabit akan dibuka kepada mereka yang berkelayakan.

"Secara tidak langsung ia meningkatkan nilai integriti dan kecekapan dalam pengurusan bagi mengelakkan terjadinya isu (penyelewengan) seperti disewa kepada orang lain," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oWYAeT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron

Sekianlah artikel Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/perkukuh-mekanisma-pemantauan-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perkukuh mekanisma pemantauan sekolah tahfiz di Melaka - Idris Haron"

Catat Ulasan

Loading...