Loading...

Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14

Loading...
Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14
link : Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14

Baca juga


Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14


KUANTAN: Barisan Nasional (BN) berupaya merampas kembali Parlimen Kuantan dari tangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, jika menampilkan calon berwibawa dan diterima oleh pengundi. 

Demikian ditegaskan oleh bekas penyokong kuat PKR, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) kepada PDO sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang senario politik Pahang menjelang PRU14. 

Shukri yang juga bekas calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan (Parlimen Bera) pada PRU12 lalu berkata, BN hanya akan menang jika UMNO bertanding kerusi itu dalam situasi tiga penjuru melibatkan UMNO-PKR dan PAS. 

Kerusi parlimen Kuantan kini diwakili oleh Fuziah Salleh (PKR). Beliau mengekalkan kerusi tersebut pada PRU13 lalu apabila mengalahkan calon BN dari UMNO, Dato' Mohamed Suffian Awang. Beliau mendapat 25,834 undi menewaskan Suffian (21,319) dengan majoriti 4,515 undi. 

"PKR kuat ketika bersama Pakatan Rakyat (PR), tapi PRU14 situasinya berbeza kerana hubungan PKR dan PAS kini semakin dingin. Ditambah lagi dengan usul yang dibuat oleh perwakilan di muktamar PAS baru-baru ini yang mahu tahalul siyasi dengan PKR ditamatkan.. Kini ia hanya menunggu keputusan Majlis Syura PAS", kata Shukri.

Justeru, saya melihat jika tidak berpisah pun ahli dan penyokong PAS sudah tawar hati untuk menyokong PKR sebenarnya. "Perang siber" di media sosial sesama sendiri jelas membuktikan keakraban dua parti itu kini semakin longgar dan ia akan memberi impak yang cukup besar kepada PKR pada PRU14 ini nanti.

"BN perlu mengekalkan UMNO dan calon yang perlu dipilih ialah mereka yang diterima oleh semua rakyat, bukan sahaja dikalangan penyokong sendiri. BN berpeluang menang jika ada pertembungan tiga penjuru sama ada PAS meletakkan calonnya atau menaja mana-mana calon bebas. Undi terbesar akan berpecah tiga dan kekuatan ada pada calon UMNO sebenarnya", tambah beliau lagi.

Apapun katanya, BN tidak boleh merasa terlalu selesa kerana percaturan politik hari ini terlalu sukar untuk dinilai. Walau pun PKR tanpa PAS, namun mereka ada rakan baru dari Parti Amnaah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan bekas orang kuat UMNO sendiri Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

"Ini bermakna, pertembungan yang cukup hebat akan berlaku di Parlimen Kuantan kali ini. Parti mana yang letakkan calon popular pasti akan mendapat tempat dihati para pengundi. PKR mungkin akan hilang sokongan Melayu PAS tetapi mereka mendapat banyak undi dari bukan Melayu yang majoritinya pasti akan menolak BN", katanya lagi. #pahangdaily


Demikianlah Artikel Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14

Sekianlah artikel Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/laluan-sukar-pkr-bn-berpeluang-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Laluan Sukar PKR, BN Berpeluang Rampas Parlimen Kuantan PRU14"

Catat Ulasan

Loading...