Judul : Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar
link : Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar
Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar
Beliau berkata setakat ini, 93.36 hektar kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan manakala 19.64 hektar lagi masih dalam usaha pemadaman dan bagi mengelakkan api terus merebak operasi pemadaman dipecahkan kepada tiga sektor.
Mohd Razam berkata operasi pemadaman itu melibatkan 99 anggota membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan serta dibantu lapan BBP lain antaranya Nenasi, Peramu, Indera Mahkota, Kuantan sepanjang sembilan hari operasi berjalan.
"Pemantauan udara dan pemadaman api hutan melalui kaedah water bombing berhampiran ladang nanas, Kampung Cenderawasih. Pesawat melakukan 181 kali water bombing di lokasi kebakaran dengan jumlah keseluruhan 259,326 liter air menggunakan bucket bukaan 100 peratus.
"Sumber air adalah daripada tiga parit berhampiran ladang dan operasi pemadaman dilakukan pada ketinggian 100 hingga 200 kaki dan ke bawah menggunakan teknik bush dan candle light fire," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kaedah berkenaan tidak dapat dijalankan hari ini berikutan pesawat mengalami kecemasan sistem hidraulik, menyebabkannya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan ke lokasi kebakaran dan diarahkan kembali ke BBP Peramu.
Mohd Razam berkata selain kaedah water bombing pihaknya juga giat melakukan pemadaman secara terus, sekatan kemerebakan api serta membanjirkan kawasan kebakaran bagi mengawal situasi. #AWANI
Demikianlah Artikel Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar
Anda sekarang membaca artikel Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/kebakaran-hutan-dan-ladang-nanas.html

0 Response to "Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar"
Catat Ulasan