Judul : Shariffa Sabrina: Ambil Peluang Nikmati Keindahan Alam Tanah Aina Sebelum Semuanya Akan Dijual Sepenuhnya
link : Shariffa Sabrina: Ambil Peluang Nikmati Keindahan Alam Tanah Aina Sebelum Semuanya Akan Dijual Sepenuhnya
Shariffa Sabrina: Ambil Peluang Nikmati Keindahan Alam Tanah Aina Sebelum Semuanya Akan Dijual Sepenuhnya
Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, orang ramai boleh mengunjungi Tanah Aina Farrah Soraya; Tanah Aina Fahad, kedua-dua di Raub dan Tanah Aina Idris (Lipis) sebelum mendapat pembeli.
Menurutnya, biarpun sedih, beliau nekad mengambil keputusan tersebut selepas mengusahakan perniagaan tersebut di Pahang sejak 2010.
"Sayang memang sayang selepas banyak kudrat dan modal telah dilaburkan sehingga lokasi-lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung dan penggemar alam semula jadi.
Menurutnya, biarpun sedih, beliau nekad mengambil keputusan tersebut selepas mengusahakan perniagaan tersebut di Pahang sejak 2010.
"Sayang memang sayang selepas banyak kudrat dan modal telah dilaburkan sehingga lokasi-lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung dan penggemar alam semula jadi.
"Jadi saya alu-alukan mana-mana pihak untuk datang menikmati keindahan alam, bersantai bersama keluarga, rakan-rakan di sini sebelum dijual dan dapat membayar gaji pekerja," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau yang juga bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) berkata, kira-kira 40 pekerja bakal terjejas dengan langkah tersebut.
"Bukan pekerja saja terjejas tapi resort yang sangat cantik, pusat ekopelancongan yang telah menang banyak anugerah akan hilang.
"Setakat ini, belum ada pembeli yang berpotensi menyatakan minat mereka," tambahnya yang tidak menolak kemungkinan membuka di lokasi lain selepas ini. #SINAR
Demikianlah Artikel Shariffa Sabrina: Ambil Peluang Nikmati Keindahan Alam Tanah Aina Sebelum Semuanya Akan Dijual Sepenuhnya
Anda sekarang membaca artikel Shariffa Sabrina: Ambil Peluang Nikmati Keindahan Alam Tanah Aina Sebelum Semuanya Akan Dijual Sepenuhnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/shariffa-sabrina-ambil-peluang-nikmati.html
0 Response to "Shariffa Sabrina: Ambil Peluang Nikmati Keindahan Alam Tanah Aina Sebelum Semuanya Akan Dijual Sepenuhnya"
Catat Ulasan