Loading...

Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong

Loading...
Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong
link : Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong

Baca juga


Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah Malaysia dan Bahrain perlu terus meneroka peluang dan potensi bagi meningkatkan perdagangan dua hala ke arah memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Seri Paduka bertitah atas sebab itu, Malaysia menjemput dan menggalakkan sektor swasta kedua-dua negara untuk memainkan peranan lebih aktif mengintai peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia dan Bahrain.

"Beta percaya masih banyak peluang dan manfaat yang boleh digembleng bersama dalam meneroka peluang ekonomi antara kedua-dua negara," titah Sultan Muhammad V.

Yang di-Pertuan Agong bertitah pada Majlis Santapan Negara di Istana Negara malam ini, bagi meraikan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa yang kini melakukan lawatan negara ke Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Dewan Santapan istana berkenaan itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku menteri pengiring.

Terdahulu, Sultan Muhammad V dan Raja Hamad berangkat ke majlis mengadap di Dewan Seri Maharaja.

Sultan Muhammad V seterusnya melahirkan keyakinan bahawa potensi kerjasama bukan hanya wujud melalui bidang perdagangan dan pelaburan.

"Dalam perihal ini, suka Beta menzahirkan bahawa kerjasama dalam bidang pertahanan akan terus menguatkan hubungan antara kedua-dua negara," titah Seri Paduka.

Pada 2016, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan Bahrain mencecah RM861.5 juta (US$207.3 juta)

Yang di-Pertuan Agong seterusnya bertitah bahawa lawatan negara seumpama itu memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk memperkukuh lagi kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan pelancongan selain perdagangan.

Sultan Muhammad V gembira melihat kesungguhan kedua-dua negara dalam meningkatkan hubungan dua hala.

"Sesungguhnya negara Beta dan Tuanku menikmati hubungan baik dan teguh. Lawatan ini akan menyumbang ke arah peningkatan hubungan persaudaraan antara dua negara serta hubungan peribadi antara pemimpin," titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V bertitah bahawa Malaysia dan Bahrain berkongsi pandangan berhubung isu-isu global khususnya berkaitan isu sejagat dan ummah.

Raja Hamad yang mengadakan lawatan negara atas undangan Sultan Muhammad V, tiba di Malaysia malam tadi bagi memulakan lawatan sehingga 3 Mei ini .

Ini adalah lawatan negara pertama baginda ke Malaysia sejak menaiki takhta pada 6 Mac 1999, dan merupakan sebahagian daripada siri lawatan baginda ke rantau Asia Tenggara. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pRwLF3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong

Sekianlah artikel Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/malaysia-bahrain-perlu-intai-peluang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia - Bahrain perlu intai peluang tingkatkan perdagangan dua hala - Titah Agong"

Catat Ulasan

Loading...