Judul : Tombak Ibu sampai Mati
link : Tombak Ibu sampai Mati
Tombak Ibu sampai Mati
Tombak Ibu sampai Mati|Seorang ibu yang di kenali sebagai Teh Jari, 57 tahun ditemukan maut di rumahnya di Kampung Linau, Kota Belud, jam 10.40 malam tadi dipercayai di pukul oleh anak lelakinya menggunakan tombak,lapor hmetro.com.my
Mangsa yang bekerja sebagai petani itu ditemukan berlumuran darah diruang tamu rumah mereka oleh seorang lagi anaknya sebelum dilarikan kehospita Belud dan meninggal dunia pada pada 4.40 pagi tadi.
Dimaklumkan sebelum kejadian seorang lagi anak mangsa yang tinggal bersebelahan rumah mendengar jeritan minta tolong ibunya.
Beliau pun bergegas kerumah dan melihat adiknya melarikan diri dari rumah itu.
Sejurus itu beliau menemukan ibunya terbaring berumuran daran.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Belud dengan bantuan penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan akibat parah di bahagian tangan, dada dan muka.
Selepas itu, laporan polis dibuat dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud berjaya memberkas suspek terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Mangsa dipercayai dipukul menggunakan tombak sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di bahagian tangan, dada dan muka.
“Suspek berusia 28 tahun sakit mental dan pernah dirawat di Hospital Mesra, Bukit Padang, Luyang, Kota Kinabalu,” katanya.
The post Tombak Ibu sampai Mati appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qyqTwH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tombak Ibu sampai Mati
Anda sekarang membaca artikel Tombak Ibu sampai Mati dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tombak-ibu-sampai-mati.html
0 Response to "Tombak Ibu sampai Mati"
Catat Ulasan