Loading...
Judul : Mazl;an: Gejala Dadah Di Kalangan Anak Muda Felda ‘Sudah Lama’
link : Mazl;an: Gejala Dadah Di Kalangan Anak Muda Felda ‘Sudah Lama’
Mazl;an: Gejala Dadah Di Kalangan Anak Muda Felda ‘Sudah Lama’
PETALING JAYA: Pendedahan polis baru-baru ini mengenai gejala dadah di kalangan warga Felda bukan sesuatu yang baharu, kata sebuah pertubuhan yang giat memperjuangkan nasib masyarakat peneroka itu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhamad Zaki minggu lalu mendedahkan permintaan terhadap dadah sintetik atau syabu di kalangan anak peneroka Felda di negeri itu menunjukkan trend peningkatan.
Bagi aktivis Mazlan Aliman, yang mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), gejala penagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda sudah berlaku sejak sekian lama dan masih gagal dibentung walaupun usaha dilakukan pelbagai agensi.
“Dari zaman Pemadam, Bahagian Narkotik PDRM hinggalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), usaha memeranginya sentiasa berjalan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Rela dan badan-badan dalam Felda,” kata Mazlan.
Dadah sintetik atau syabu dijual pada harga lebih mahal berbanding dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan Felda.
Menurut polis, ketagihan kronik terhadap dadah mahal ini menjadi antara penyumbang kepada berlakunya pelbagai kes jenayah termasuklah pecah rumah, samun dan ragut bagi membolehkan pelakunya memperoleh wang segera untuk membeli bekalan.
Kebimbangan mengenai gejala dadah di kawasan Felda di Negeri Sembilan timbul di sebalik statistik 2 bulan pertama tahun ini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 67% tangkapan berkait dadah di kawasan peneroka itu.
Mazlan berkata terdapat beberapa faktor mengapa penagihan dadah di kalangan anak peneroka sukar dibendung, tetapi faktor utama adalah kerana dadah mudah diperoleh daripada pengedar di samping terdapat ejen “kecil-kecilan” yang bergiat aktif di Felda.
Menurutnya, Felda juga dijadikan sasaran kawasan luar bandar kerana permintaan tinggi.
Satu kelemahan yang menyebabkan gejala itu meningkat ialah kuranganya aktiviti agama di kalangan peneroka, kata Mazlan.
“Tiada tarikan dan pembaharuan usaha mendekatkan anak muda kepada aktiviti keagamaan,” jelasnya.
Tambahnya, selain daripada itu persatuan belia di kawasan Felda juga tidak proaktif dan terdapat sesetengah pihak aktiviti di kalangan golongan muda adalah lesu.
“Aktiviti sukan seperti bola sepak, futsal dan kebudayaan hanya aktiviti sampingan yang disertai sebilangan kecil anak muda sahaja,” katanya.
Mazlan mencadangkan agensi berkaitan dadah memperbanyakkan kempen kesedaran di peringkat sekolah rendah bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan dan komuniti masyarakat serta membuat satu strategi segar bagi menanam kebencian remaja terhadap dadah.
Mazlan turut mencadangkan supaya sebuah aktiviti masyarakat yang pelbagai diadakan bagi memastikan kebersamaan golongan muda peneroka.
“Pusat memancing, gimnasium, street soccer, litar lumba, kawasan rekreasi dan lain-lain perlu diwujud dan diperbanyak agar anak muda mempunyai pilihan untuk melakukan aktiviti sihat tetapi perlu mempunyai pemantauan pihak berkuasa,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Mazl;an: Gejala Dadah Di Kalangan Anak Muda Felda ‘Sudah Lama’
Sekianlah artikel Mazl;an: Gejala Dadah Di Kalangan Anak Muda Felda ‘Sudah Lama’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mazl;an: Gejala Dadah Di Kalangan Anak Muda Felda ‘Sudah Lama’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/mazlan-gejala-dadah-di-kalangan-anak.html
0 Response to "Mazl;an: Gejala Dadah Di Kalangan Anak Muda Felda ‘Sudah Lama’"
Catat Ulasan