Loading...

Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR?

Loading...
Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR?
link : Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR?

Baca juga


Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR?

PETALING JAYA: Pada hari Umno menyambut ulang tahun ke-71 semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak, menurut sumber yang memberitahu perkara itu .
Bagaimanapun, sumber dalaman PAS ketika ditanya mengenai perkara itu tidak dapat mengesahkan pertemuan 2 presiden parti terbesar berteras Melayu itu berlaku.
“Tak pasti. Saya difahamkan Ayah Chik berada di hospital,” katanya, merujuk Hadi dengan panggilan mesra di kalangan penyokong kuatnya.
Sumber juga tidak dapat memastikan sama ada pertemuan itu diadakan di pejabat Najib di Putrajaya.
Ia turut dilaporkan seorang blogger Umno, yang berkata pertemuan “empat mata” antara Hadi dan Perdana Menteri itu berjalan selama 45 minit di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
“Harap Najib Razak akan umumkan hasil perbincangan itu malam ini sempena Umno 71 tahun. Mungkin biduk lalu, kiambang bertaut, sirih pulang ke ganggang,” kata Zaharin Mohd Yasin dalam catatan Facebook semalam.
Pertemuan itu, sekiranya benar berlaku, dilihat signifikan kerana diadakan beberapa jam sebelum Majlis Syura PAS memberikan lampu hijau memutuskan hubungan dengan PKR seperti mana didesak perwakilan pada muktamar yang baru berlalu di Kedah.
Keputusan semalam oleh Majlis Syura, badan didominasi “ulama” PAS dan mempunyai kuasa tertinggi dalam hala tuju parti, sekaligus mengakhiri kerjasama PAS selama hampir 18 tahun dengan PKR, sejak kelahiran parti itu sebagai Parti Keadilan Nasional pada 1999.
Sebelum ini, spekulasi timbul PAS dan Umno akan bergabung untuk mentadbir Selangor. Bagaimanapun, gandingan wakil rakyat PAS dan Umno masih belum mampu memberikan jumlah kerusi yang diperlukan untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Malam tadi, dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil, Najib meraikan hubungan mesra Umno dan PAS dengan memetik kata-kata Hadi yang menyifatkan kerjasama mereka sebagai “amalan politik matang”.
“Politik antara kita tidak berkelahi, sebaliknya politik utamakan kepentingan bersama.
“Hadi turut kata dalam politik boleh beza pendapat, tapi isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara kena bersatu dan bersama,” katanya di hadapan kira-kira 100,000 yang hadir.
Sementara itu, sumber dalaman PAS berkata walaupun ahli PAS menyambut baik kenyataan Azmin supaya PAS kekal di dalam kerajaan Selangor sehingga akhir penggal, ia mungkin terlewat disebabkan tindak tanduk beberapa pemimpinnya, seperti Naib Presiden Rafizi Ramli, yang menyerang PAS.
“Dengan cara sebahagian pimpinan PKR menyerang PAS bersama DAP, PKR usahlah bermimpi bahawa PAS akan terus bersamanya.
“PAS ini bukan parti politik yang biasa… kemenangan politik bukan matlamat utama, ia cuma sampingan asalkan perjuangan mereka tercapai,” kata sumber yang rapat dengan pimpinan PAS itu. #sumber


Demikianlah Artikel Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR?

Sekianlah artikel Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/najib-hadi-bertemu-muka-di-kl-sebelum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib & Hadi Bertemu Muka Di KL Sebelum PAS Putuskan Hubungan PKR?"

Catat Ulasan

Loading...