Loading...

Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon

Loading...
Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon
link : Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon

Baca juga


Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon



Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon Suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini jam 12.15 tengah hari sebelum dibebaskan pada jam 1 petang mengikut Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah dengan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

KOTA TINGGI - Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid madrasah di sini dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebentar tadi.

Suspek lelaki berusia 29 tahun yang berbaju lokap dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini jam 12.15 tengah hari sebelum dibebaskan pada jam 1 petang mengikut Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah dengan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis yang dilakukan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Mohd Fairos Ithnin untuk membebaskan pembantu warden itu.

Suspek yang kelihatan sebak sebaik dibebaskan sempat menadah tangan dan sujud syukur diperkarangan mahkamah.


Terdahulu, suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Bagaimanapun, selepas siasatan berhubung kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini, jam 4 petang, 22 April lalu selepas ibu Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi membuat laporan polis yang mendakwa anaknya dikatakan disebat dengan paip getah sehingga menyebabkan kecederaan sebelum kedua-dua belah kaki mangsa dipotong pada 21 April, akibat jangkitan kuman.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p7GBP2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon

Sekianlah artikel Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pembantu-warden-dibebaskan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon"

Catat Ulasan

Loading...