Loading...

Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan

Loading...
Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan
link : Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan

Baca juga


Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan

KOTA TINGGI: Seorang pembantu warden sebuah madrasah tahfiz yang ditahan reman sejak 23 April lepas bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.

Terdahulu, suspek, yang berbaju lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 12.15 tengah hari dengan diiringi dua anggota polis sebelum dibawa masuk ke Bilik Pendaftar Mahkamah Kota Tinggi pada 12.45 tengah hari.

Dia kemudian dibebaskan 15 minit kemudian.

Pada mulanya, Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman empat hari pada 23 April lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010 dan tempoh reman tersebut dilanjutkan pada 27 April untuk tiga hari lagi bagi membantu siasatan.

BACA: Pembantu warden tahfiz terlibat kes dera direman semula

BACA: Kes kematian Thaqif Amin: Madrasah tahfiz tampil beri penjelasan

Kisah pelajar berkenaan, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 19 April lepas menjadi tular di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat gangren pada 22 April lepas, , tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Namun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Pembantu warden itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat dekat sini pada 22 April selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian pelajar madrasah tahfiz swasta di Kota Tinggi itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p7AXws

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan

Sekianlah artikel Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pembantu-warden-madrasah-tahfiz-bebas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan"

Catat Ulasan

Loading...