Loading...
Judul : Respa Perlu Bantu Tangani Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap PDRM - TPM Zahid
link : Respa Perlu Bantu Tangani Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap PDRM - TPM Zahid
Respa Perlu Bantu Tangani Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap PDRM - TPM Zahid
KUALA LUMPUR: Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) perlu membantu menangani persepsi negatif masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun PDRM telah melaksanakan yang terbaik, namun persepsi masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu masih tidak berubah.
"Oleh itu, peranan Respa adalah penting untuk membantu kepimpinan PDRM bagi mewujudkan kesedaran positif terhadap PDRM," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Kenangan Respa 2017 di sini, malam ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Presiden Respa Tan Sri Mohd Ismail Che Rus.
Ahmad Zahid berkata sebagai pemimpin pendapat dan penapis maklumat serta mempunyai banyak pengalaman, anggota Respa juga disaran berkongsi idea dalam membantu hala tuju dasar keselamatan negara.
Sementara itu Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 tahun ini untuk Respa menjalankan aktivitinya.
Bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai aktiviti, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan Respa supaya mempunyai pejabat sendiri bertempat di Balai Polis Jalan Tun Razak.
Menurutnya kawasan Balai Polis Jalan Tun Razak itu akan dibangunkan sebagai ibu pejabat MCPF setinggi 38 tingkat, selain menempatkan balai polis dan unit-unit lain yang akan disewa kepada pihak lain.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata bagi mengenang jasa anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh pengganas komunis di sempadan Kroh-Betong, Perak pada 1968, kerajaan telah membina sebuah Memorial Tragedi Kroh/Betong.
Memorial itu siap sepenuhnya April lepas dengan peruntukan sebanyak RM200,000. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ron25I
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Respa Perlu Bantu Tangani Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap PDRM - TPM Zahid
Sekianlah artikel Respa Perlu Bantu Tangani Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap PDRM - TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Respa Perlu Bantu Tangani Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap PDRM - TPM Zahid dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/respa-perlu-bantu-tangani-persepsi.html
0 Response to "Respa Perlu Bantu Tangani Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap PDRM - TPM Zahid"
Catat Ulasan