Loading...
Judul : Zahid Nafi Penahanan Tiga Warga Turki Arahan Kerajaan Turki
link : Zahid Nafi Penahanan Tiga Warga Turki Arahan Kerajaan Turki
Zahid Nafi Penahanan Tiga Warga Turki Arahan Kerajaan Turki
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan penahanan tiga warga Turki minggu lepas, adalah atas arahan kerajaan negara berkenaan.
Beliau berkata penahanan tersebut dilakukan setelah menerima maklumat daripada Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) berhubung penglibatan mereka.
"Tiga warga Turki terbabit merupakan anggota pertubuhan yang telah diwartakan haram di negara mereka, dan penahanan mereka tidak dibuat atas arahan daripada mana-mana pihak.
"Jika badan hak asasi manusia ingin membantu mereka, boleh berhubung terus dengan kerajaan Turki," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Kenangan Persatuan Pegawai Kanan Polis Pencen Malaysia (RESPA) 2017 di sini malam ini.
Semalam, sebuah portal tempatan melaporkan Stockholm Centre of Freedom (SCF) mendakwa kononnya Malaysia menjalankan 'kerja-kerja kotor' Presiden Turki, Reccep Erdogan ekoran tindakan mengusir tiga rakyat Turki dari Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terdapat kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata pihak berkuasa masih belum menemui sebarang bukti berhubung dakwaan berkenaan.
"Kita sudah membuat pemeriksaan tetapi setakat ini belum jumpa lagi apa-apa yang boleh dikaitkan, jadi tiada bukti laporan itu tepat," katanya.
Semalam dilaporkan seorang pekerja ladang berusia 52 tahun membuat laporan polis selepas terserempak lima lelaki bersenjata di ladang Sawit Blok 8, Felda Sahabat 2, Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika membersihkan kebun sawit.
Lima lelaki bersenjata itu juga dikatakan sempat memberitahu pekerja ladang tersebut bahawa 37 orang telah mendarat di pantai dan tujuan mereka datang adalah untuk menyelamatkan penduduk di Sabah. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqkKWt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Zahid Nafi Penahanan Tiga Warga Turki Arahan Kerajaan Turki
Sekianlah artikel Zahid Nafi Penahanan Tiga Warga Turki Arahan Kerajaan Turki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid Nafi Penahanan Tiga Warga Turki Arahan Kerajaan Turki dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/zahid-nafi-penahanan-tiga-warga-turki.html
0 Response to "Zahid Nafi Penahanan Tiga Warga Turki Arahan Kerajaan Turki"
Catat Ulasan