Loading...
Judul : Saham Berkaitan PETRONAS Meningkat
link : Saham Berkaitan PETRONAS Meningkat
Saham Berkaitan PETRONAS Meningkat
KUALA LUMPUR: Saham dua syarikat berkaitan PETRONAS, Petronas Chemicals (PetChem) dan Petronas Gas (PetGas), meningkat pagi ini selepas kedua-dua syarikat mengumumkan keputusan kewangan suku kedua masing-masing.
Pada 10.18 pagi, PetGas meningkat 22 sen kepada RM18.80, dengan 141,100 saham didagangkan manakala PetChem meningkat dua sen kepada RM7.29 dengan 2.25 juta saham bertukar tangan.
Keuntungan sebelum cukai PetChem meningkat hampir sekali ganda, kepada RM1.63 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 berbanding RM896 juta pada tempoh yang sama tahun lalu manakala pendapatan melonjak kepada RM4.69 bilion berbanding RM3.14 bilion sebelumnya.
Keputusan yang lebih baik itu disebabkan peningkatan ketara harga produk pada purata 22 peratus, jumlah jualan yang lebih tinggi serta dolar AS yang mengukuh, kata PetChem dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Keuntungan sebelum cukai PetGas susut RM1.7 juta kepada RM577 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 disebabkan kos operasi yang lebih tinggi disebabkan oleh pelarasan kos sekali dan susut nilai perbelanjaan selari dengan penyiapan projek modal utama.
Hasil bagaimanapun meningkat 3.4 peratus kepada RM1.17 bilion berbanding suku yang sama sebelumnya disebabkan hasil utiliti selari dengan pembelian oleh pelanggan selain harga jualan yang lebih tinggi.
Maybank IB Research berkata prestasi PetGas selari dengan unjurannya dan mengekalkan unjuran pendapatan pada harga sasaran RM23.00.
Firma penyelidikan itu juga menyemak naik sasarannya ke atas PetGas kepada "beli" kerana yakin pelaksanaan perjanjian pihak ketiga (TPA), yang menyebabkan jualan saham itu baru-baru ini, dijangkakan tidak menjejaskan PetGas.
Kenanga Research juga menyemak naik saranannya ke atas PetGas kepada "berprestasi tinggi" dengan harga sasaran RM22.00 selepas menyiarkan kalendar berasaskan tahun 2018. Kenanga Research berpendapat kebimbangan mengenai TPA sudah berlalu.
"Kami yakin TPA mungkin tidak terpakai melainkan pelaksanaannya mempunyai keperluan gas yang besar seperti TNB bagi menjadikan import lebih berdaya maju memandangkan ia memerlukan saiz tempahan yang besar serta kemudahan penyimpanan.
"Selain itu gas paip sedia ada masih menerima subsidi PETRONAS.
Berasaskan pulangan aset Tenaga dan Gas Malaysia pada 7.5-8.0 peratus, pengurangan kadar terendah bagi PetGas ialah 15 peratus bagi mengurangkan pulangan aset semasa lebih sembilan peratus dan akan menjejaskan pendapatan tahun kewangan 2018 sebanyak sembilan peratus," kata Kenanga dalam nota kajiannya.
Satu lagi saham berkaitan PETRONAS, Petronas Dagangan, juga didagangkan tinggi pagi ini, meningkat 34 sen kepada RM24.40 dengan 480,600 saham didagangkan. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qM4O1J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Saham Berkaitan PETRONAS Meningkat
Sekianlah artikel Saham Berkaitan PETRONAS Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saham Berkaitan PETRONAS Meningkat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/saham-berkaitan-petronas-meningkat.html
0 Response to "Saham Berkaitan PETRONAS Meningkat"
Catat Ulasan