Judul : Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini
link : Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini
Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini
Pasaran matawang (Forex) dalam sesi dagangan Khamis menunjukkan US dolar jatuh buat kali pertama berbanding Yen (Usd/Jpy) sejak lima hari lepas di mana terdapat aktiviti pengambilan keuntungan oleh pemain pasaran di tambah lagi dengan risiko politik US apabila Presiden Trump memecat Pengarah FBI James Comey.
Dalam penutupan pasaran Khamis, Usd/Jpy jatuh 0.6% dan ditutup pada 113.84. Berbanding matawang safe haven yang lain iaitu CHF, US dolar jatuh 0.2% kepada 1.0076. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.1% kepada 99.60.
Dalam pasaran ekuiti US, Wallstreet merekod kerugian kurang dari sesi dagangan Rabu tetapi masih merekod kejatuhan berikutan kerugian kaunter-kaunter saham runcit dan perbankan. Dow Jones (DJIA) susut 0.21% kepada 20,889.7, S&P 500 susut 0.37% kepada 2390.74 dan Nasdaq susut 0.42% kepada 6103.11.
Dalam pasaran Bon, hasil bon kerajaan US meningkat pada Khamis sehingga mencapai paras tertinggi sejak lewat Mac, di mana harga pengeluar (PPI) di US juga merekod kenaikan pada April yang akan menyumbang kepada kenaikan inflasi di suku kedua 2017. Dalam awal dagangan Khamis, hasil bon 10-tahun US mencapai paras 2.421% yang merupakan paras tertinggi sejak 31 Mac, manakala hasil bon 2-tahun mencapai 1.367%.
Dalam pasaran ekuiti Eropah pula, saham jatuh semula dengan saham-saham mewah di Spanyol mengalami kerugian terbesar dalam masa sehari sejak enam bulan lalu yang disebabkan kerugian oleh kaunter-kaunter perbankan. DAX susut 0.3%, di Spanyol pula IBEX susut 1.6% dan STOXX 600 pula susut 0.5%.
Pasaran komoditi pula menunjukkan kenaikan harga minyak mentah global sehingga 1% pada Khamis disokong oleh kemerosotan inventori yang besar di US dan tidak lupa juga keyakinan terhadap lanjutan pemotongan bekalan oleh OPEC. Brent diniagakan 69 sen lebih tinggi di mana WTI naik kepada $48.01 setong.
Emas pula naik 0.2% yang disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan risiko politik di US.
The post Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZtDqW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/sentimen-pasaran-pada-permulaan-sesi.html
0 Response to "Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini"
Catat Ulasan