Loading...

Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya

Loading...
Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya
link : Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya

Baca juga


Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya

JOHOR BAHRU – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat tidak memandang enteng akan keupayaan golongan kurang upaya (OKU) dalam melakukan sesuatu perkara.

Ini kerana, kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BaktiI) itu, setiap OKU mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing dengan ada antara mereka yang lebih hebat berbanding individu normal.

Rosmah memberi contoh pencapaian atlet paralimpik negara yang bukan sahaja berjaya merangkul emas tetapi juga mencipta rekod baharu dunia semasa Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

“Sebagai anggota masyarakat yang duduk dalam sebuah komuniti, kita haruslah bersatu memainkan peranan dalam membangunkan modal insan ini tanpa mengira sebarang perbezaan.

“Tunjukkanlah sifat keprihatinan dalam diri kita untuk membantu mereka selagi mampu, malah Islam juga mengajar kita menjaga hubungan sesama manusia,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Bakti kepada pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar Johor, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rosmah berharap tidak ada lagi suara-suara yang mempertikaikan keupayaan golongan istimewa tersebut dan sebaliknya berusaha memberi sokongan sewajaranya kepada mereka.

Teks ucapannya dibacakan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA) Datin Rosni Omar selaku wakil rasmi beliau.

Pada masa sama Rosmaj mengakui terdapat anjakan persepsi masyarakat yang semakin prihatin terhadap golongan ini yang menunjukkan masyarakat Malaysia secara kolektifnya, telah memahami dan menyantuni golongan berkenaan.

Katanya di peringkat kerajaan, golongan terbabit juga tidak pernah disisihkan malah melalui Kementerian Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, satu pelan tindakan telah dibangunkan bagi memperkasakan mereka dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan, infrastuktur, pasaran kerja dan lain-lain.

“Dalam senario lain, keprihatinan terhadap golongan istimewa ini telah mendapat perhatian yang memberangsangkan apabila rakyat Malaysia tampil bersatu memberi sokongan dan sorakan terhadap atlet-atlet paralimpik negara pada Kejohanan Paralimpik di Brazil tahun lepas.

“Di dada-dada media dan laman sosial pula dibanjiri ucapan-ucapan masyarakat yang berasa bangga dengan kemenangan anak-anak istimewa ini,” katanya.

Pada majlis hari ini 44 pelatih PDK sekitar Johor Bahru menerima sumbangan berkenaan iaitu dari Kulai (9), Muar (36), Tangkak (16), Segamat (40), Kluang (43), Pontian (16), Kota Tinggi (36), Batu Pahat (36) dan Mersing (24).

Sumbangan berbentuk duit raya dan kelengkapan pakaian raya itu bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa mereka yang kurang berkemampuan selain meningkatkan jati diri dan kecekalan diri golongan istimewa ini dalam meneruskan kehidupan mereka pada masa depan.

Bakti turut menyampaikan sumbangan peribadi berupa duit raya kepada 150 penyelia dan petugas PDK dan 40 sukarelawan dari Universiti Teknologi Mara. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEeef7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya

Sekianlah artikel Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/bersama-mengupayakan-golongan-kurang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersama Mengupayakan Golongan Kurang Upaya"

Catat Ulasan

Loading...