Loading...
Judul : Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik
link : Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik
Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik
ARKIB : 12/07/2006
KUALA LUMPUR - Cuaca sejuk yang menyambut ketibaan pasukan Olimpik Malaysia sebaik mereka tiba di Afrika Selatan bagi jelajah perlawanan persahabatan, langsung tidak melemahkan semangat mereka.
Jurulatih B. Sathianathan yang berdepan tugas besar memastikan pasukannya bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan pertama menentang Universiti Wits, pasukan divisyen satu di Afrika Selatan esok, yakin anak buahnya mampu memberikan persembahan mantap seperti diharapkan.
“Cuaca sejuk, 14 hingga 16 darjah Celsius pada waktu siang dan bertambah sejuk pada waktu malam, jadi kami terpaksa bekerja lebih keras untuk membiasakan diri dan saya gembira dengan sikap pemain,” kata Sathianathan dalam kenyataan yang dihantar ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
Selepas pertemuan dengan Universiti Wits, pasukan itu akan bertemu pasukan Olimpik Afrika Selatan pimpinan ketua jurulatih Steve Komphela sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.
“Perlawanan pertama kami menentang mereka ialah pada 13 Julai ini di Stadium Hunterfield dan yang keduanya pada 16 Julai ini di Stadium Lenpark, dua jam perjalanan dengan kenderaan dari tempat penginapan kami.
“Ini merupakan perlawanan peringkat antarabangsa yang pertama dalam erti kata sebenar bagi pemain dan mereka tidak sabar untuk beraksi,” katanya.
Begitu juga dengan pasukan Olimpik Afrika Selatan yang turut serius dalam menghadapi perlawanan persahabatan ini kerana mereka turut membuat persediaan bagi kelayakan Olimpik bulan depan.
Pasukan itu yang baru pulang daripada jelajah di Tunisia, Senegal dan Mali turut mengadakan perlawanan dengan Nigeria di tanah air.
Kebanyakan pemain Afrika Selatan adalah pemain tetap dengan pasukan senior masing-masing dalam liga Afrika Selatan.
Sathianathan dijangka menggunakan jelajah itu untuk menyenaraipendek pemain sebelum kelayakan lewat tahun ini.
– Bernama
SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2sloMwP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik
Sekianlah artikel Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/cuaca-sejuk-tidak-lemahkan-semangat.html
0 Response to "Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik"
Catat Ulasan