Loading...

Skuad B20 negara bersamba di Brazil

Loading...
Skuad B20 negara bersamba di Brazil - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad B20 negara bersamba di Brazil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad B20 negara bersamba di Brazil
link : Skuad B20 negara bersamba di Brazil

Baca juga


Skuad B20 negara bersamba di Brazil



ARKIB : 13/07/2006

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak kebangsaan Bawah 20 Tahun berpeluang bersamba minggu ini apabila mereka mengambil bahagian dalam Kejohanan Jogos do Taca BH Futebol Junior di Menais Grais, Brazil.

Pasukan pimpinan ketua jurulatih, K. Rajagopal itu akan mengambil bahagian dalam kejohanan remaja yang akan menurunkan semua kelab terkemuka Brazil serta empat pasukan jemputan dengan Malaysia satu daripadanya.

Perlawanan pertama Malaysia ialah menentang kelab lama Pele, Santos (lewat malam tadi waktu Malaysia), Flamengo (14 Julai), Amerika (16 Julai), Ponte Itauna (18 Julai) dan perlawanan akhir fasa pertama menentang Guarani pada 20 Julai ini.

Sekiranya pasukan kebangsaan cemerlang dalam fasa pertama pertandingan itu, mereka akan beraksi dalam fasa kedua pertandingan yang akan berlangsung sehingga akhir Julai 2006.

‘‘Tiada tekanan ke atas pasukan kerana kejohanan Brazil ini adalah untuk pemain menimba pengalaman,” kata Rajagopal dalam kepada laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

‘‘Seperti yang saya katakan sebelum ini, tumpuan masih kepada Kejohanan Belia Asia pada Oktober ini di Kolkata, India. Mereka perlu melihat kejohanan ini sebagai sebahagian pembangunan mereka selepas bermain di England dan kemudiannya di Eropah Timur.

‘‘Perlawanan di Brazil akan memberikan suasana berbeza dan itu yang mereka kena sesuaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Rajagobal berkata, berikutan kecederaan yang dialami pemain utama seperti Safiq Rahim dan Mohd. Bunyamin Omar, ia akan memberi peluang kepada pemain simpanan dan baru untuk membuktikan kebolehan mereka.

‘‘Ini merupakan peluang keemasan bagi mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka apabila mengambil tempat pemain tetap,” kata Rajagobal.

Di Kolkata, mereka akan berdepan dengan pasukan seperti Jepun, Korea Selatan, China, Arab Saudi dan Iran.

– Bernama

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2tjKmWN
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad B20 negara bersamba di Brazil

Sekianlah artikel Skuad B20 negara bersamba di Brazil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad B20 negara bersamba di Brazil dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/skuad-b20-negara-bersamba-di-brazil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad B20 negara bersamba di Brazil"

Catat Ulasan

Loading...