Judul : Doktor Meningal Dunia Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti Kerana Ganti Rakan Beraya Aidilfitri
link : Doktor Meningal Dunia Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti Kerana Ganti Rakan Beraya Aidilfitri
Doktor Meningal Dunia Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti Kerana Ganti Rakan Beraya Aidilfitri
Jakarta: Seorang doktor di sebuah hospital meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari berturut-turut kerana menggantikan rakannya yang bercuti bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut laporan media tempatan, Dr. Stefanus Taofik meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya malam semalam selepas beliau bertugas tanpa henti selama empat hari.
Doktor berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun.
Stefanus turut terpaksa bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.
Pengorbanan dan pemergian doktor tersebut diumumkan oleh akaun Twitter perubatan Indonesia, blogdoktor, yang turut memuat naik foto doktor itu.
“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.
“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.
Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan.
Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.
“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,” kata seorang pengguna media sosial.
Bagaimanapun, Ikatan Dokter Indonesia (IDI) mengesyaki doktor muda spesialis itu meninggal karena penyakit brugada syndrome.
*Sindrom Brugada adalah ketidaknormalan system listrik jantung yang mengakibatkan gangguan irama jantung yang membahayakan jiwa (aritmia)
Sumber: Siakapkeli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2trYwoq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Doktor Meningal Dunia Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti Kerana Ganti Rakan Beraya Aidilfitri
Anda sekarang membaca artikel Doktor Meningal Dunia Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti Kerana Ganti Rakan Beraya Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/doktor-meningal-dunia-selepas-bekerja-4_98.html
0 Response to "Doktor Meningal Dunia Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti Kerana Ganti Rakan Beraya Aidilfitri"
Catat Ulasan