Loading...
Judul : Tun Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya - Salleh
link : Tun Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya - Salleh
Tun Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya - Salleh
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya lupa bahawa beliau telah menahan dan memenjarakan mereka yang menentangnya sewaktu beliau menerajui negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam catatan menerusi blog sskeruak.blogspot.com.
"Dari 1998 hingga 2001, Dr Mahathir menahan banyak pihak yang menentangnya dan beliau menggunakan penahanan tanpa undang-undang perbicaraan untuk menahan mereka yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah," katanya.
Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengenakan tindakan keras terhadap pembangkang dan aktivis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sebelum pertengahan tahun 2018.
Dr Mahathir dalam blog chedet.cc pada Khamis berkata terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang yang akan mengakibatkan pakatan pembangkang menjadi kucar-kacir.
Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.
Hakikatnya, kata beliau, Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002, dan sebagainya bahawa Malaysia di bawah Dr Mahathir adalah negara polis dan Dr Mahathir sendiri merupakan diktator.- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2trNBLP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tun Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya - Salleh
Sekianlah artikel Tun Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya - Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya - Salleh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/tun-mahathir-tidak-seharusnya-lupa.html
0 Response to "Tun Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya - Salleh"
Catat Ulasan