Judul : Jurulatih Angkat Berat Jamin Rekod Kebangsaan & Pingat Sukan SEA 2017
link : Jurulatih Angkat Berat Jamin Rekod Kebangsaan & Pingat Sukan SEA 2017
Jurulatih Angkat Berat Jamin Rekod Kebangsaan & Pingat Sukan SEA 2017
KUALA LUMPUR – Jurulatih angkat berat kebangsaan Stefan Stefanov menjanjikan rekod kebangsaan dan pingat bagi acara itu pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur Ogos ini.
Jurulatih dari Bulgaria itu menyasarkan satu pingat perak dan dua gangsa masing-masing melalui Hafifi Mansor, Muhamad Fazrul Azri dan Loro Wellkinson.
“Saya jamin kita akan catat rekod kebangsaan, raih satu perak dan dua gangsa daripada atlet Kita Juara. Kebanyakan mereka ini baru pertama kali menyertai Sukan SEA.
“Kita hanya sasarkan itu kerana mereka masih muda, namun saya yakin mereka akan catat prestasi lebih baik pada Olimpik 2020. Sukan SEA ini cuma latihan untuk mereka,” kata Stafanov pada sidang media Program Kita Juara 2017, di Majlis Sukan Negara di sini hari ini.
Empat atlet Kita Juara terpilih membawa cabaran negara ke Sukan SEA kali ini iaitu Hafifi, Muhamad Fazrul, Loro dan Hazal Wafi Izhar.
Sementara itu, pengurus pasukan angkat berat negara Abdullah Awang berkata sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan persaingan daripada Thailand dan Vietnam yang pernah meraih pingat di Sukan Olimpik.
“Walaupun kita ada atlet seperti Hafifi yang merupakan terbaik di Malaysia, kita kena ambil kira juga kekuatan atlet negara-negara bertanding yang lain. Hafifi dan Wafi kini menjalani latihan di China manakala Fazrul dan Loro sedang menjalani latihan di sini mengikut jadual yang ditetapkan.
“Bagi memantapkan lagi prestasi, mereka berempat akan Korea Selatan untuk menjalani latihan intensif selama sebulan. Kita memilih Korea Selatan disebabkan keadaan cuaca dan standard kejurulatihan yang lebih baik daripada kita,” kata Abdullah.
Sementara itu, Loro yang pertama kali menyertai Sukan SEA, yakin dapat merealisasikan sasaran pingat gangsa tersebut. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tMDxtp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jurulatih Angkat Berat Jamin Rekod Kebangsaan & Pingat Sukan SEA 2017
Anda sekarang membaca artikel Jurulatih Angkat Berat Jamin Rekod Kebangsaan & Pingat Sukan SEA 2017 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/jurulatih-angkat-berat-jamin-rekod.html
0 Response to "Jurulatih Angkat Berat Jamin Rekod Kebangsaan & Pingat Sukan SEA 2017"
Catat Ulasan