Judul : Terengganu Terima Bayaran Royalti RM11.6 Juta Daripada TNB
link : Terengganu Terima Bayaran Royalti RM11.6 Juta Daripada TNB
Terengganu Terima Bayaran Royalti RM11.6 Juta Daripada TNB
KUALA TERENGGANU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan pembayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir bagi tahun kewangan 2017 sebanyak RM11.6 juta kepada kerajaan negeri.
Penyerahan cek itu disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Bahagian Penjanaan TNB, Ir Azman Talib kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman di sini.
Ahmad Razif berkata TNB telah mula membuat bayaran itu sejak stesen berkenaan mula beroperasi pada 1985.
“Pembayaran dibuat berdasarkan perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan TNB (pada waktu itu dikenali sebagai LLN-Lembaga Lektrik Negara).
“Apabila perjanjian itu tamat, kerajaan negeri dan TNB telah menandatangani Perjanjian Tambahan Pertama pada 19 Julai 2000,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek tersebut.
Ahmad Razif berkata pembayaran sebanyak RM11.67 juta yang diterima hari ini adalah berdasarkan kepada Perjanjian Tambahan Kedua yang ditandatangani pada 18 Nov 2008.
“Jumlah bayaran tahunan untuk lesen takungan air adalah sebanyak RM3.6 juta manakala untuk penggunaan air pula adalah sebanyak RM8 juta.
“Perjanjian Tambahan Kedua akan tamat pada 23 Ogos 2017 dan kerajaan negeri akan meneruskan perjanjian yang seterusnya dengan TNB.
“Sepanjang perjanjian dimeterai, pihak TNB telah membayar keseluruhan sebanyak RM195 juta kepada kerajaan negeri dan bayaran ini merupakan salah satu hasil yang kita perolehi berasaskan kepada royalti,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tMDzS3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Terengganu Terima Bayaran Royalti RM11.6 Juta Daripada TNB
Anda sekarang membaca artikel Terengganu Terima Bayaran Royalti RM11.6 Juta Daripada TNB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/terengganu-terima-bayaran-royalti-rm116.html
0 Response to "Terengganu Terima Bayaran Royalti RM11.6 Juta Daripada TNB"
Catat Ulasan