Judul : KABINET SETUJU SYOR PPK TUBUH RCI
link : KABINET SETUJU SYOR PPK TUBUH RCI
KABINET SETUJU SYOR PPK TUBUH RCI
KUALA LUMPUR – Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan.
PPK, yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
“Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu,” menurut PMO.
PMO berkata, PPK membentangkan hasil laporannya ke Kabinet hari ini, selaras dengan mandat yang diberikan kepada pasukan itu untuk mengemukakan hasil laporan tersebut ke Kabinet dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya.
Dalam laporan tersebut, PPK mendapati wujud kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan telah mencadangkan penubuhan RCI.
“Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapatdilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119,” menurutnya.
Penubuhan RCI itu juga bertujuan menjaga kepentingan awam, di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan Rizab Negara dapat dipastikan, katanya.
PMO berkata, kerajaan berterima kasih kepada pengerusi PPK, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan anggotanya serta sekretariat PPK di Kementerian Kewangan yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian itu dengan telus, bebas dan adil.
– Bernama
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ss8ju9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel KABINET SETUJU SYOR PPK TUBUH RCI
Anda sekarang membaca artikel KABINET SETUJU SYOR PPK TUBUH RCI dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kabinet-setuju-syor-ppk-tubuh-rci.html
0 Response to "KABINET SETUJU SYOR PPK TUBUH RCI"
Catat Ulasan