Judul : Lelaki Ini Bukan 'Orang Ada-ada', Sebab Itulah Mentua Hasut Suruh Anaknya Minta Cerai!
link : Lelaki Ini Bukan 'Orang Ada-ada', Sebab Itulah Mentua Hasut Suruh Anaknya Minta Cerai!
Lelaki Ini Bukan 'Orang Ada-ada', Sebab Itulah Mentua Hasut Suruh Anaknya Minta Cerai!
Lelaki Ini Bukan 'Orang Ada-ada', Sebab Itulah Mentua Hasut Suruh Anaknya Minta Cerai!
Mungkin jarang untuk lelaki seperti saya menulis kisah kehidupan apatah lagi kisah rumah tangga sendiri tetapi saya mengharapkan, buat para ibu mentua yang di luar sana, jangan sesekali meruntuhkan rumah tangga anak menantu.
Kisah ini saya lalui bertahun-tahun lamanya. Sudah saya tanggung sehingga ada ketika bebannya tidak mampu bahu saya memikulnya. Tetapi sebagai lelaki saya tidak pernah mengalah ketika di awal-awal perjuangan dahulu. Mungkin Allah mahu menguji saya dan amanah itu saya ambil. Tapi itulah kata orang, setahun, dua tahun saya masih boleh pikul tetapi kalau sudah 10 tahun, bebannya semakin berat.
Biar saya mulakan kisah rumah tangga saya. Saya bertemu Lina (bukan nama sebenarnya) kerana dahulu kami rakan sekerja. Saya sudah lama bekerja darinya kerana saya hanya punya STPM sahaja dan Lina ada ijazah. Tetapi kerana sudah lama kerja, jawatan saya ketika itu pegawai rendah sahaja.
Sudah banyak kali rakan sepejabat bertanya bila saya mahu berkahwin tetapi jodoh belum sampai. Sehinggalah saya nampak Lina, hati terbuka untuk mengenalinya dengan rapat. Memandangkan dia orang baru, teguran saya disambut baik olehnya. Kami mulai berkawan dan lama-lama jadi baik. Ramai yang mahu saya terus melamarnya dan saya usulkan hal ini kepadanya. Katanya mahu ambil masa.
Perjalanan masa berlalu, dalam tak sedar, dia menjalin hubungan cinta dengan orang lain, adalah dalam dua tiga orang lelaki dan ternyata, saya jodohnya. Bertahun-tahun saya menunggu dan akhirnya kami disatukan.
Masuk dalam lingkungan keluarganya, saya cuba sedaya mungkin. Tapi kerana mereka keluarga Syed, ada persepsi serong untuk saya yang juga kebetulan berasal dari kampung.
Ketika perkahwinan, keluarganya memilih majlis besar-besaran dan banyak duit simpanan saya dihabiskan untuk tujuan itu. Mungkin dilihat saya kurang sepadan, ada suara-suara mengata biarpun ketika mereka berada di majlis bersejarah kami.
Hasutan
Alhamdulillah, setahun berkahwin, kami dikurniakan seorang anak lelaki. Tetapi saya perasan yang Lina agak kerap balik ke rumah keluarganya tanpa membawa saya sekali. Sekali dua, saya ok lagi tetapi bila banyak kali, saya bertanya hal ini kepadanya. Katanya ada pertemuan keluarga.
Ketika itu, saya mulai pelik, saya bukan ahli keluarganyakah? Bila masuk usia anak dua tahun, karenah Lina mula terbongkar. Bila balik saja dari rumah keluarganya, macam-macam dia minta saya belikan barangan untuknya. Ada saja, seolah-olah dia mendapat nasihat daripada ahli keluarganya di sana.
Bukan itu saja,bila keluarganya datang ke rumah, ada saja yang mereka rungutkan, seolah-olah ada saja tidak kena baik mengenai perabot, susun atur dan sebagainya. hal itu lebih baik mereka cakap kepada anak mereka kerana dia perempuan dan saya lelaki tetapi seolah-olah saya dipersalahkan kerana rumah tidak kemas, rumah tidak mewah dan sebagainya.
Bila saya balik ke rumah mereka, jarang sekali mereka mahu berbual. Bisik-bisik di dalam bilik tidur. Bila saya ke ruang tamu pula, semuanya buat-buat tengok TV. Saya ada tanyakan hal ini kepada Lina, adakah keluarga mereka tidak sukakan saya dan Lina jawab acuh tak acuh, seolah-olah dia sudah dihasut.
Kemuncak hubungan rumah tangga kami entah apa sebabnya Lina minta cerai. Alasannya tak serasi dengan saya dan menyesal dengan perkahwinan ini. Saya terkejut, memintanya bertenang. Katanya keluarga dia dari dulu tak suka saya tetapi dia kahwin dengan saya kerana kecewa ditinggal kekasihnya, juga daripada keturunan Pak Syed. Sebab itu dia kahwin dengan saya. Ya Allah.
Saya tak setuju ceraikan dia sebab saya masih sayang. Kes kami masuk ke mahkamah tetapi di depan hakim, saya cakap tak ada sebarang alasan hendak ceraikan dia. Hal ini buat keluarganya marah dan mengamuk. Kes kami mengambil masa bertahun-tahun di mahkamah sehingga menggunakan hakam tetapi saya tetap bertegas tak mahu ceraikan isteri.
Saya berpegang pada prinsip, kahwin hanya sekali. Lagipun di usia matang saya ini, kenapa saya perlu bercerai berai. Keluarga patut jadi penyelamat dan bukan penghasut dan inilah yang saya alami. Selepas lima tahun, baru kes saya selesai kerana saya kasihan dengan satu-satunya anak lelaki kami yang sering keliru di mana ayah dan ibunya. Tetapi saya tak pernah menghalalkan segala yang terjadi kerana saya rasa saya orang teraniaya. Penat turun naik mahkamah jangan cerita, semuanya saya tanggung seorang diri.
Deritanya sangat dalam sehinggakan hati saya tidak terbuka hendak berkahwin lagi. Saya suka hendak ceritakan di sini, mentua sepatutnya menjadi orang tengah dan bukan penghasut. Baru-baru ini, setelah sekian lama saya menderita, Lina menghubungi keluarga. Katanya dia tak akan temui lelaki sebaik saya dan katanya kalau boleh mahu kami disatukan semula sebagai suami isteri malah dia akui menerima hasutan keluarganya yang tidak sukakan saya. Haruskah saya menerimanya kembali?
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukQj2S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lelaki Ini Bukan 'Orang Ada-ada', Sebab Itulah Mentua Hasut Suruh Anaknya Minta Cerai!
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Ini Bukan 'Orang Ada-ada', Sebab Itulah Mentua Hasut Suruh Anaknya Minta Cerai! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/lelaki-ini-bukan-orang-ada-ada-sebab.html
0 Response to "Lelaki Ini Bukan 'Orang Ada-ada', Sebab Itulah Mentua Hasut Suruh Anaknya Minta Cerai!"
Catat Ulasan