Loading...

NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Loading...
NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak
link : NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Baca juga


NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, IKRAM Malaysia mengadakan misi kesedaran mengenai penderaan seksual kanak-kanak dan mencegah golongan muda daripada menonton pornografi.

Selepas dilatih oleh pakar-pakar, golongan ibu dalam NGO itu melawat sekolah-sekolah bagi mengajar kanak-kanak mengenai bagaimana untuk mengenali dan menjaga diri mereka sendiri daripada pelaku pedofilia, kata Ketua Pegawai Pentadbiran IKRAM Zawiah Mohd Sari.

“Mereka juga memberitahu kanak-kanak tentang pengaruh buruk pornografi. Kebanyakan pelajar sekolah menengah mengakui bahawa mereka menonton pornografi di Internet. Kami menasihatkan mereka untuk berhenti berbuat demikian dan memberitahu guru serta ibu bapa bagaimana untuk mengesan apa yang dilakukan anak muda ini dalam talian,” katanya kepada Bernama.

Zawiah berkata anggota IKRAM telah melawat 10 ke 15 sekolah setakat ini di kawasan luar bandar di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta berharap dapat melawat ke seluruh negara, tetapi ramai lagi sukarelawan diperlukan.

“Kami mempunyai ahli psikiatri dan pakar lain yang boleh memberitahu kepada sukarelawan wanita mengenai tingkah laku dan sifat pedofil serta melatih mereka bagaimana untuk memberi penerangan kepada orang muda,” tambahnya.

Anggota jawatankuasa IKRAM Haliza Abdul Malik yang membantu menganjurkan kempen ‘Ibu Menentang Pornografi’ berkata, pelajar sekolah diberitahu mengenai cara pedofil akan bertindak terhadap mereka – “bagaimana mereka bercakap, sentuh anda dan cuba untuk memujuk anda agar lakukan apa yang mereka mahu”.

“Dan kami memberitahu mereka bagaimana mereka harus melindungi diri sendiri…menjerit, lari, bercakap dengan ibu bapa, guru dan pihak berkuasa,” katanya.

Haliza berkata kempen itu susulan daripada pendedahan pedofil Richard Huckle yang mengaku bersalah melakukan 71 kesalahan seksual termasuk merogol kanak-kanak berumur antara tiga dan 12 tahun di Malaysia dari 2006 hingga 2014, dan menerima 22 hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah British.

“Kes itu mengejutkan kami dan menyedarkan kami tentang bahaya yang dihadapi kanak-kanak,” katanya.

Haliza berkata IKRAM, yang mempromosikan nilai-nilai Islam, turut mengambil berat tentang kanak-kanak yang mempunyai akses mudah terhadap pornografi.

“Kami bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membangunkan beberapa aplikasi bagi membolehkan ibu bapa dan guru mengesan apa yang kanak-kanak ini lakukan di Internet,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfSmIQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Sekianlah artikel NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/ngo-dalam-misi-elak-penderaan-seksual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NGO Dalam Misi Elak Penderaan Seksual Kanak-Kanak"

Catat Ulasan

Loading...