Judul : Terima Kasih Adik
link : Terima Kasih Adik
Terima Kasih Adik
Assalamualaikum.
Aku Mawar (bukan nama sebenar), perempuan dan berumur 27 tahun. Entry ni takde apa sangat pun. Hanya nak meluahkan pasal adik lelaki aku. Aku ni angah. Ade kakak dan dua adik lelaki. Aku stay dengan mak tiri aku lepas arwah mak aku meninggal.
Seperti tahun yang lalu, setiap kali raya mestilah aku rasa sunyi dan sedih memikirkan diri ini akan bersilat didapur seorang diri memasak juadah dan sebagainya. Adik-adik memang tak tolong. Dah bergempita suara si kakak baru lah nak bangun buat kerja. Kalau tak disuruh memang tak buat. Asyik menghadap game aje. Sampai akak rasa baik kau makan game tu dik jangan makan ketupat.
Tapi Aidilfitri tahun ni, aku rasa rileks je sebab adik-adik laki aku ringan tulang. Aku pun tak tahu kenapa mungkin kesedaran telah mengetuk pintu hati dorang kot. Alhamdulillah.
Tahun ni aku hanya tolong masak je. Basuh pinggan, hidang makanan kepada tetamu, kemas rumah, pasang sarung kusyen, pasang langsir dan lain-lain semua adik lelaki aku buat. Kadang tu sampai berebut nak basuh pinggan. Aku macam wow. Adik aku ke ni? Angah sampai nak nangis tengok kerajinan korang, adik-adikku. Sebagai akak yang ego, memang taklah angah nak nangis terharu depan korang kan. At first, aku ingat dorang ni rajin sebab nak duit raya je. Tapi angah silap. Korang memang dah berubah. Tak sia-sia angah berdoa korang jadi manusia berguna. Kepada sesiapa yang nak jadi bakal adik ipar angah, harap tunggu lagi 10 tahun sebab adik angah masih sekolah menengah lagi tak mampu nak sara anak orang.
Kepada adik-adik, abang , kakak, pakcik, makcik, atuk dan nenek semua, sama-samalah kita ringankan beban sesama manusia ye. Raya ni untuk dirai bukan untuk dibebani. Pergi open house ke kalau dah nampak tong sampah tu, tolong buang ditempat nya ye. Janganlah dah pandai makan, tak reti nak buang pinggan polystrene tu ye. Jadilah manusia yang ade sivik. Barulah maju.
Akhir kata, Salam Aidilfitri untuk semua. Jangan bersedih dan berduka walau dimana jua anda berada.
Mawar
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZnYzz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Terima Kasih Adik
Anda sekarang membaca artikel Terima Kasih Adik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/terima-kasih-adik.html
0 Response to "Terima Kasih Adik"
Catat Ulasan