Loading...

Skuad B-23 sahut cabaran di Doha

Loading...
Skuad B-23 sahut cabaran di Doha - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad B-23 sahut cabaran di Doha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad B-23 sahut cabaran di Doha
link : Skuad B-23 sahut cabaran di Doha

Baca juga


Skuad B-23 sahut cabaran di Doha



ARKIB : 01/03/2006

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membentuk semula skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan bagi menghadapi Sukan Asia ke-15 di Doha, Qatar dari 1 hingga 15 Disember ini.

Skuad ini akan membariskan semula 11 pemain yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA Filipina, tahun lalu dan beraksi dalam siri persahabatan dengan New Zealand, baru-baru ini.

Mereka ialah Mat Saiful Mohammad, Ronny Harun, V. Thirumurugan, K. Linggam, Ahmad Azlan Zainal, Fadzli Saari, Zairo Anuar Zalani, Azi Shahril Azmi, Rudie Ramli, R. Surendran dan Safee Sali.

Hanya Safee, penyerang Sarawak, yang tidak ke Filipina tetapi menjaringkan gol tunggal Malaysia ketika tewas 0-1 dan 1-2 dalam perlawanan di Christchurch dan Auckland, New Zealand pada 19 dan 23 Februari lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, mereka akan disertai oleh beberapa pemain lain yang bakal dipilih daripada pasukan negeri dan kelab yang beraksi pada Piala Presiden, bulan ini.

``Sebuah pasukan baru perlu dibentuk memandangkan Sukan Asia hanya terbuka kepada pemain Bawah 23 Tahun dan cuma membenarkan penyertaan tiga pemain senior yang lebih umur,'' katanya, semalam.

Jelasnya, ketua jurulatih negara dan skuad Sukan SEA, Norizan Bakar sekali lagi diberi kepercayaan untuk membimbing skuad ini bersama dua penolongnya, Nasir Yusof dan Lim Chuan Chin.

Menurutnya, mereka akan memantau persembahan dan memilih pemain daripada perlawanan Piala Presiden yang melibatkan Johor melawan Sabah, Kuala Lumpur-Negeri Sembilan dan Melaka-Polis mulai esok.

``Turut terlibat ialah perlawanan Terengganu-Pahang dan Kelantan-Telekom, Kedah-Johor, Sekolah Sukan Bukit Jalil-MPPJ, Perlis-Selangor, Tentera-Pulau Pinang dan Perak-Sarawak,'' katanya.

Katanya, mereka akan dikumpulkan dalam sesi latihan pusat fasa pertama skuad ini yang ditetapkan pada Isnin hingga Khamis depan di Alor Star, Kedah.

Malaysia pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 Jakarta dan Tehran 1974 tetapi kecundang dalam peringkat Kumpulan A di Busan 2002 kepada Oman 0-1 dan Korea Selatan 0-4 selain menewaskan Maldives 3-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2tUZfM9
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad B-23 sahut cabaran di Doha

Sekianlah artikel Skuad B-23 sahut cabaran di Doha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad B-23 sahut cabaran di Doha dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/skuad-b-23-sahut-cabaran-di-doha.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Skuad B-23 sahut cabaran di Doha"

Catat Ulasan

Loading...