Loading...

Skuad Bawah 20 terus menyinar

Loading...
Skuad Bawah 20 terus menyinar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad Bawah 20 terus menyinar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Bawah 20 terus menyinar
link : Skuad Bawah 20 terus menyinar

Baca juga


Skuad Bawah 20 terus menyinar



ARKIB : 25/02/2006

Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 20 Tahun negara melengkapkan siri kunjungan ke India dengan berpesta gol membelasah Kelab Sukan Mohammadan 5-0 sambil mengekalkan rekod tanpa kalah, kelmarin.

Dalam perlawanan persahabatan bola sepak terakhir di Stadium Hawrah, Kolkata itu, mereka memperoleh gol menerusi Aidil Zafuan Razak, Farderin Kadir (dua), Ahmad Fakri Saarani dan Shahrizal Saad.

Kelab Sukan Mohammadan merupakan pasukan yang menduduki tempat kedua Liga Profesional India ketika ini.

Sebelumnya, anak didik K. Rajagopal menewaskan East Bengal 3-0 dan seri dengan Pilihan India 1-1 dalam kunjungan 10 hari ini.

``Sekalipun menang besar, kami masih sukar untuk memperolehnya kerana lawan merupakan kelab kedua teratas di India ketika ini. Namun aksi ini merupakan satu pengalaman yang bernilai.

``Banyak yang dipelajari pemain dan penting dalam memajukan pasukan,'' katanya mengulas persediaan awal anak didiknya ke Kejohanan Belia Asia di Kolkata dari 29 Oktober hingga 12 November ini.

Aidil, ketua pasukan memulakan pesta gol barisan belia Malaysia pada minit ke-28 selepas rembatan derasnya dari kotak penalti yang tertampan lawan dan Farderin pula menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-38 dan 45.

Gol keempat mereka muncul pada minit ke-74 hasil sentuhan Fakri yang mendapat umpanan cantik pertahanan, K. Gurusamy sebelum Shahrizal mengakhiri kemenangan besar mereka dengan jaringan pada masa kecederaan.

Barisan pemain:

Amini Ahmad Tabarani, Ariff Fazlie Saidin (Amar Rohidan), Fauzi Ariffin (Hardy Parsi), Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom (Mohd Hafizulldin).

Aidil Zafuan Razak, K. Gurusamy, Asraruddin Putra (Faizol Hussain), Ahmad Fakri Saarani, Farderin Kadir, Wan Mohammad Aliff (Shahrizal Saad).

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2sHvhfa
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad Bawah 20 terus menyinar

Sekianlah artikel Skuad Bawah 20 terus menyinar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Bawah 20 terus menyinar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/skuad-bawah-20-terus-menyinar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad Bawah 20 terus menyinar"

Catat Ulasan

Loading...