Judul : Syawal Hisyam Hamid Tahun Ini….
link : Syawal Hisyam Hamid Tahun Ini….
Syawal Hisyam Hamid Tahun Ini….
Aidilfitri tahun ini benar-benar memberi suasana yang sangat berbeza buat Hisyam Hamid kerana buat pertama kali dia sekeluarga menyambut raya tanpa kedua-dua neneknya.
Menurut pelakon drama Abang Bomba I Love You ini, menjadi rutin wajib dia sekeluarga menziarahi nenek di sebelah ibu dan nenek di sebelah bapanya pada hari raya pertama namun dia kini tidak berpeluang lagi berbuat demikian.
“Saya tak tahu lagi macama mana nak sambut raya tahun ini, sebab setiap kali hari raya rumah nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa saya adalah rumah yang wajib kami ziarah pada hari raya pertama.
“Tapi tahun ini, kedua-keduanya sudah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sebab itu saya tak boleh bayangkan lagi macam manalah rutin kami nanti,” katanya yang akan pulang bercuti raya di negara kelahiranya, Singapura.
Pun begitu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini tetap reda dan menerima ketentuan takdir.
Berkongsi pula mengenai projek raya, Hisyam bakal muncul dalam menerusi drama istimewa Abang Bomba I Love You Raya dan satu lagi drama, Sayang Papa Tak Raya yang akan ditayangkan di saluran Astro.
Dalam perkembangan lain, Hisyam kini sedang menjalani latihan silat sebelum masuk ke set drama aksi bertajuk Dosa, yang akan menjalani penggambaran selepas hari raya ini.
Drama aksi tersebut turut membariskan pelakon hebat seperti Remy Ishak, M. Nasir dan Ashraf Sinclair.
Kata Hisyam, dia teruja kerana watak kali ini berbeza dengan sebelumnya selain mencabar dirinya keluar dari zon selesa.
“Selama ini saya banyak dapat watak romantik tapi kali ini aksi. Saya kena belajar silat dan belajar kemahiran menggunakan senjata kerambit.
“Kali ini memang tak ada babak sweet-sweet bersemut lagi lah,” selorohnya.
Selepas Aidilfitri ini, Hisyam bersama barisan pelakon yang terlibat dalam drama tersebut akan menjalani penggambaran di Jakarta selama sebulan.
The post Syawal Hisyam Hamid Tahun Ini…. appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGWCQo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Syawal Hisyam Hamid Tahun Ini….
Anda sekarang membaca artikel Syawal Hisyam Hamid Tahun Ini…. dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/syawal-hisyam-hamid-tahun-ini.html
0 Response to "Syawal Hisyam Hamid Tahun Ini…."
Catat Ulasan