Judul : Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia
link : Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia
Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia
Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan dibatalkan penyertaannya dalam acara akhir 100 meter setelah melakukan dua kesalahan semasa memulakan acara, bersama pelumba China, Tang Xingqiang.
Bekas juara remaja Asia, Hassan Taftian dari Iran mengalahkan juara bertahan Femi Seun Onugode dari Qatar di garisan penamat untuk memenangi pingat emas dengan masa 10.25 saat mendahului 0.01 ke atas pememag tempat kedua sementara atlet Taiwan, Yang Chun-Han meraih pingat gangsa dengan catatan 10.31 saat.Seorang lagi atlet negara Zaidatul Husniah Zulkifli hanya menduduki tempat keempat daripada tujuh orang pelumba dalam acara 100 meter wanita dengan catatan masa 11.70 saat sementara rakannya Siti Fatimah Mohamad di tempat keenam dengan catatan 11.87 saat.
Acara itu dimenangi atlet Kazakhstan, Viktoriya Zyabkina dan Olga Safronova yang masing-masing memenangi emas dan perak dengan catatan 11.39 saat dan 11.45 saat, sementara atlet tuan rumah Dutee Chand merangkul pingat gangsa dengan catatan 11.52 saat.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szIllY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia
Anda sekarang membaca artikel Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/atlet-negara-gagal-raih-pingat-pada.html
0 Response to "Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia"
Catat Ulasan