Loading...

Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi

Loading...
Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi
link : Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi

Baca juga


Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi

Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi

Konsep berkira sebelum berkahwin tak ramai yang berani praktik. Sebabnya masa bercintan cintun inilah apa saja kekasih hati nak, anda suakan.

Misalnya bila dia mahukan gajet atau beg jenama, anda pun belikanlah. Bila dah kahwin, dah jadi yang sah dan anda tak lagi membeli untuknya. Mulalah keluar ayat, ‘Dulu masa bercinta, semua dapat. Sekarang, kedekut, berkira’

Jangan salahkan pasangan, sebabnya anda juga yang ajar masa dia jadi kekasih anda dulu.

Perkongsian Puan Zuriyati Isa tentang konsep berkira semasa bertunang boleh dilihat sebagai satu tindakan yang bijak. Dan apabila tunang sudah sah menjadi suami hubungan jadi lebih tenang dan mudah, sebab bab berkira sudah dilupuskan dalam hubungan suami isteri ini.

Masa saya bertunang dulu, tunang saya nak beli kereta. Dia perlukan penjamin.

Dia tanya saya, boleh tak saya jadi penjamin dia?

Saya jawab, "Tak."

Beberapa kawan saya bertanya, "Kenapa kau tak nak jadi penjamin dia? Dia kan tunang kau? Nanti kau juga yang guna kereta tu."

Pendirian saya tetap. Tunang 'is' tunang. Penjamin 'is' penjamin.

Selagi masih belum ada akad yang sah, saya tak akan libatkan diri sepenuhnya dalam urusan dia. Begitu juga dengan dia. Apatah lagi urusan berisiko macam jadi penjamin tu.

Jangan salah faham. Tunang saya adalah orang yang saya paling percaya. Saya tak pernah jumpa orang sebaik itu dan saya tak pernah jumpa orang yang saya sangat percaya macam itu.

Tapi saya tak suka buat keputusan ikut perasaan. Kalau saya mahu jadi penjamin, kerana saya mahu jadi penjamin atas perkara-perkara yang saya sudah pertimbangkan. Bukan kerana saya suka dia.

Hal-hal dunia macam ni, apatah lagi melibatkan wang ringgit dan soal hati, sangat mudah memporak perandakan hidup kita.

Tunang saya pasrah saja bila saya tak nak jadi penjamin dia. Saya pun pasrah saja kalau kami putus hanya semata-mata sebab saya tak nak jadi penjamin

Akhirnya, tunang saya dapat juga beli kereta itu tanpa penjamin. Dan alhamdulillah, kami kahwin juga.

Selepas kahwin, kereta tu kami sama-sama bayar dan tak ada satu pun harta benda kami yang kami berkira nak kongsi sama. Semua kos kerosakan dan maintenance, kami bayar sama-sama. Kadang-kadang, saya bayar saja guna duit gaji saya ebagaimana dia tak pernah berkira memenuhi apa-apa yang saya teringin bila dia mampu.

Alhamdulillah.

Pegang Nasihat Ini

Adik-adik.

Bercinta ni jangan ikut perasaan. Jangan hanya kerana sayang, kita sanggup buat apa saja untuk dia. Bukanlah maksudnya kita tak nak berkorban langsung. Tapi gunakan akal.

Kita bukan meminta yang buruk-buruk atau nak bersangka yang bukan-bukan. Tapi lebih baik kita mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik.

Jangan kongsi akaun selagi dia belum jadi pasangan sah kita. Kongsi nama beli rumah. Kongsi nama beli kereta. Setuju saja bila diminta jadi guarantor. Hulur saja bila setiap kali dia nak pinjam wang.

Cinta is cinta. Tapi batas tetap batas. Perasaan sayang tidak menjamin yang kita akan bahagia selama-lamanya.

Tapi, bila dia dah sah jadi pasangan kita, jangan ragu-ragu lagi dengan perasaan kita. InsyaAllah, ada pahala yang Allah beri dalam setiap pengorbanan kita untuk dia. Dialah suami kita, isteri kita. Syurga dan neraka kita ada pada dia.

Janganlah sebelum berkahwin bukan main sanggup berkorban dan berikan apa saja. Bila dah kahwin, semua berkira.

Sumber/Foto: FB Zuriyati Isa



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSKjSh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi

Sekianlah artikel Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/dalam-bab-pinjaman-masa-bertunang-nilah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi"

Catat Ulasan

Loading...