Judul : Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni…
link : Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni…
Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni…
KISAH ibu bapa yang menolak vaksin bukanlah satu cerita baharu, sebaliknya komuniti ini dibimbangi semakin berkembang di kalangan ibu bapa muda.
Sudah pelbagai kempen dilakukan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya suntikan vaksin buat si comel namun semua itu dipandang sebelah mata sahaja oleh mereka.
Netizen yang juga merupakan seorang doktor ini, Dr Taufiq Razif berkongsikan kisah ‘tragik’ melibatkan kematian dua beradik yang mana ibu mereka menolak vaksin sekali gus menjadi penyumbang kepada kejadian tersebut.
Menurut Dr Taufiq, si abang yang berumur dua tahun terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir dan seminggu kemudian adiknya pula menyusuli abangnya. Semuanya hanya kerana si ibu merupakan seorang anti vaksin!
Dalam posting tersebut juga, Dr Taufiq menerangkan kepentingan vaksin kepada kanak-kanak yang mana ia boleh menghindarkan mereka daripada pelbagai penyakit kronik seperti Difteria, Neurophaty dan jangkitan paru-paru (pneumonia).
Jika ibu bapa mengabaikan suntikan vaksin, saluran pernafasan anak-anak dikhuatiri boleh tertutup sehingga menyebabkan anak mati sesak nafas.
Selain itu, sekiranya benda putih dalam tekak yang dikenali sebagai pseudomembrane tiba-tiba terjatuh atau tertelan racun dalam pseudomembrane boleh merosakkan otot jantung si anak (myocarditis).
Dengan pengambilan vaksin juga, anak-anak akan terhindar daripada penyakit kerosakan saraf (neurophaty) dan boleh menyebabkan terkena jangkitan paru-paru (pneumonia).
Oleh itu, buat ibu bapa di luar sana, janganlah berdegil dan mulalah memberikan vaksin buat si comel anda. Ingat, jangan disebabkan kedangkalan kita, nyawa anak-anak terancam! – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYGjzO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni…
Anda sekarang membaca artikel Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni… dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ibu-bapa-tolak-vaksin-wajib-baca-kisah.html
0 Response to "Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni…"
Catat Ulasan