Judul : Kebakaran di Camden Market berjaya dikawal
link : Kebakaran di Camden Market berjaya dikawal
Kebakaran di Camden Market berjaya dikawal
"Api telah dapat dikawal sepenuhnya, bagaimanapun anggota masih ditempatkan di lokasi kebakaran sebagai langkah berjaga-jaga," demikian menurut maklumat terbaharu kebakaran menerusi Twitter pasukan bomba dan penyelamat tempatan pada 0220 GMT.
Kebakaran dipercayai berlaku waktu tengah malam dan berdasarkan maklumat terkini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Tingkat satu hingga tiga bangunan berkenaan hangus dijilat api yang marak sehingga ke bumbung bangunan. Kira-kira 70 anggota bomba dan penyelamat dengan dibantu 10 jentera bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan, katanya.Lokasi pelancongan popular itu mempunyai lebih 1,000 lot kedai, gerai dan tempat hiburan terbuka.
Kebakaran besar pernah berlaku di pasar itu pada Februari 2008 menyebabkan sebahagian besar perniagaan tidak dapat dijalankan.
Kebakaran di Camden Market berlaku hanya beberapa minggu selepas insiden kebakaran bangunan pangsapuri kediaman 27 tingkat di London 14 Jun lalu.
Laporan menyebut penggunaan bahan yang mudah terbakar ketika proses pengubahsuaian bangunan menyebabkan api marak dengan cepat dalam kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 80 mangsa itu.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFI6FR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kebakaran di Camden Market berjaya dikawal
Anda sekarang membaca artikel Kebakaran di Camden Market berjaya dikawal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/kebakaran-di-camden-market-berjaya.html
0 Response to "Kebakaran di Camden Market berjaya dikawal"
Catat Ulasan