Loading...

Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034

Loading...
Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034
link : Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034

Baca juga


Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034


Kerajaan Indonesia mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mengetuai sebuah konsortium mewakili rantau Asia Tenggara untuk menjadi tuan rumah bersama kejohanan Piala Dunia yang akan diadakan pada tahun 2034.

Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi PSSI, Joko Driyono (gambar bawah) kepada media semalam.

Menurut Joko, cadangan penganjuran Piala Dunia 2034 akan diperbincangkan di dalam persidangan Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada 23 September tahun ini yang dijadualkan akan berlangsung di Nusa Dua, Bali.

“Persidangan berkenaan akan bermula pada 22 September di mana Jawatankuasa Pertandingan AFF akan memulakan pertemuan dalam persidangan tersebut.”

“Hari berikutnya, giliran ahli majlis AFF dan perkara berkenaan penganjuran Piala Dunia 2034 akan diperbincangkan.”

“Di sebelah malam pula, dijadualkan akan berlangsung majlis penganugerahan AFF,” ujar Joko Driyono menerangkan rangka program AFF September nanti.

Antara perkara yang akan dibangkitkan ialah jumlah negara ASEAN yang akan terlibat dalam penganjuran, prihal kewangan dan bajet serta langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan tempat secara automatik dalam kejohanan tersebut bagi negara penganjur.

Menurut Joko lagi, perbincangan akan lebih tertumpu kepada kesediaan negara ASEAN menganjurkan Piala Dunia, memandangkan edisi 2034 akan menampilkan 48 pasukan bertanding.

“Antara perkara yang harus dititikberatkan dalam perbincangan tersebut ialah langkah-langkah untuk menaiktaraf prasarana bola sepak dan juga infrastruktur yang terlibat di kalangan negara ASEAN.”

“Memandangkan Piala Dunia 2022 diadakan di Qatar, ini bermakna 2034 adalah giliran negara Asia,’ ujar Joko lagi.

Kenyataan dari Joko ini turut menyokong pendedahan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF), Zaw Zaw yang berkata ASEAN bercadang untuk menawarkan diri sebagai penganjur Piala Dunia pada Februari lalu.

Sebelum ini Singapura pernah mencadangkan agar negara ASEAN yang terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Brunei, Kemboja, Myanmar, Singapura dan Vietnam menjadi penganjur bersama untuk Piala Dunia edisi 2030.-Semuanya Bola


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHEZ48

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034

Sekianlah artikel Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/indonesia-ajak-malaysia-negara-asia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Indonesia Ajak Malaysia & Negara Asia Tenggara Lain Anjur Piala Dunia 2034"

Catat Ulasan

Loading...