Loading...
Judul : 'Tiada baki pengganas Marawi lari ke Sabah'
link : 'Tiada baki pengganas Marawi lari ke Sabah'
'Tiada baki pengganas Marawi lari ke Sabah'
TAWAU: Polis mengesahkan tiada petunjuk saki-baki pengganas dari Marawi di Mindanao selatan Filipina termasuk ketuanya, Isnilon Hapilon, menyusup masuk atau bersembunyi di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata anggota keselamatan berada dalam keadaan berhati-hati dan berjaga-jaga sepanjang masa bagi menghadapi kemungkinan penyusupan masuk kumpulan militan atau penduduk dari selatan negara itu ke negeri ini.
Katanya, kesiapsiagaan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) sudah ditingkatkan termasuk menambah aset sedia ada bagi menghadapi dan mengekang limpahan penduduk Marawi yang berkemungkinan melarikan diri atau ingin bersembunyi di negeri ini.
Setakat ini, katanya, pihak polis dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya menahan dan menangkap beberapa individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan militan berkenaan di Sabah.
"ESSCOM mengikuti rapat perkembangan (ancaman Daesh) selain meningkatkan risikan dan operasi untuk mengekang isu sebegini," katanya kepada media selepas melawat dan menyampaikan sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus.
Kebimbangan mengenai kemungkinan saki-baki pengganas dari selatan Filipina melarikan diri ke Sabah timbul berikutan tindakan Filipina meningkatkan operasi ketenteraan ke atas kota Marawi yang menjadi sasaran pengganas sejak beberapa bulan lalu.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soCvUn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 'Tiada baki pengganas Marawi lari ke Sabah'
Sekianlah artikel 'Tiada baki pengganas Marawi lari ke Sabah' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Tiada baki pengganas Marawi lari ke Sabah' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tiada-baki-pengganas-marawi-lari-ke.html
0 Response to "'Tiada baki pengganas Marawi lari ke Sabah'"
Catat Ulasan