Loading...
Judul : Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf
link : Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf
Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf
IPOH: Golongan asnaf atau yang memerlukan di Perak boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran van jenazah secara percuma yang disediakan Yayasan Al-Bukhary.
Pengurus 'Van Jenazah Al-Bukhary' cawangan Perak, Roslan Ali berkata, penyediaan perkhidmatan itu sejak Disember lalu bertujuan membantu golongan fakir miskin memudahkan proses penghantaran jenazah dalam kariah, dalam negeri atau keluar negara.
"Untuk lebih memudahkan van tersebut turut dilengkapi dengan ruang atau tempat memandikan jenazah supaya tidak perlu untuk meminjam tempat mandi jenazah dari surau atau mengusung bawa ke rumah si mati," katanya kepada Bernama disini, baru baru ini.
Beliau yang turut dikenali sebagai 'bilal rockers' berkata segala permohonan penggunaan perkhidmatan percuma ituperlu lengkap untuk direkodkan dan dilaporkan kepada pihak Yayasan Al-Bukhary.
Katanya sehingga kini kira-kira 60 golongan asnaf atau tidak berkemampuan telah menggunakan perkhidmatan tersebut.
Roslan berkata, golongan berkemampuan juga boleh menggunakan perkhidmatan van tersebut, namun mereka akan dikenakan bayaran mengikut jarak perjalanan, elaun pemandu, tol dan lain-lain.
"Hasil daripada bayaran tersebut akan digunakan oleh pihak kami untuk membeli semula peralatan dan barangan berkaitan pengurusan jenazah bagi kegunaan golongan kurang mampu," katanya.
Beliau berkata warga Perak yang memerlukan perkhidmatan berkenaan boleh menghubunginya di talian 016-5420758. - mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tzLRjU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf
Sekianlah artikel Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/khidmat-van-jenazah-percuma-untuk-asnaf.html
0 Response to "Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf"
Catat Ulasan