Loading...
Judul : Qatar berhadapan lebih banyak sekatan
link : Qatar berhadapan lebih banyak sekatan
Qatar berhadapan lebih banyak sekatan
DUBAI: Qatar mungkin dikenakan lebih banyak sekatan selepas tempoh penerimaan tuntutan negara Teluk, tamat tengah malam tadi.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, berkata tuntutan itu sengaja dijadikan seolah-olah ia tidak boleh dipenuhi sambil menambah, tujuannya bukan untuk menangani keganasan tetapi mengehadkan kedaulatan negara itu.
Agensi berita kerajaan Qatar, QNA melaporkan ia akan memaklumkan tindak balas Doha kepada pemerintah Kuwait, sebuah negara Teluk neutral dalam krisis itu, menjelang hari ini.
Sheikh Mohammed sebelum ini memaklumkan pemberita di Rome bahawa Doha sentiasa bersedia untuk membincangkan kekecewaan negara jiran Arabnya.
"Senarai tuntutan ini dibuat supaya ditolak. Ia bukan untuk diterima atau boleh dirundungkan.
"Secara prinsip, Qatar menolak tuntutan ini dan kami bersedia untuk berdialog dengan syarat ia dalam suasana sesuai untuk perbincangan lanjut," katanya.
Beliau menambah, tiada negara berhak mengeluarkan tuntutan mutlak kepada negara berdaulat lain.
Krisis itu tercetus bulan lalu, selepas Arab Saudi bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta perjalanan dengan Qatar.
Mereka menuduh Doha menyokong keganasan dan menjadi sekutu musuh serantau Iran, namun Qatar menafikan tuduhan itu. - REUTERS
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tG9eJ3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Qatar berhadapan lebih banyak sekatan
Sekianlah artikel Qatar berhadapan lebih banyak sekatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Qatar berhadapan lebih banyak sekatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/qatar-berhadapan-lebih-banyak-sekatan.html
0 Response to "Qatar berhadapan lebih banyak sekatan"
Catat Ulasan