Loading...

Minuman 100Plus Di McDonald’s

Loading...
Minuman 100Plus Di McDonald’s - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Minuman 100Plus Di McDonald’s, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Minuman 100Plus Di McDonald’s
link : Minuman 100Plus Di McDonald’s

Baca juga


Minuman 100Plus Di McDonald’s



MCDONALD'S Malaysia bekerjasama dengan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (F&N), yang menyaksikan minuman isotonik terkenal 100Plus boleh didapati di semua 262 rangkaian restoran itu di seluruh negara.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata, penawaran 100Plus di cawangan McDonald's itu menambah pilihan dalam portfolio minumannya, yang akan menjadi tarikan untuk lebih 160 juta pelanggan Malaysia ke rangkaian restoran itu setiap tahun.

"Kami membawakan minuman baharu ke McDonald's mengikut cita rasa pelanggan yang mahukan 100Plus ditawarkan bersama hidangan kegemaran mereka. Kami amat mengutamakan kehendak pelanggan dan sentiasa berusaha menambah baik menu bagi memenuhi keperluan mereka.

"Kerjasama strategik ini dirancang sejak dua tahun lalu dan telah dimeterai memandangkan percubaan selama empat bulan di 10 cawangan McDonald's di pusat-pusat bandar utama Semenanjung Malaysia mendapat sambutan," katanya ketika majlis pelancaran 100Plus di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, McDonald's menjangkakan untuk mengekalkan pertumbuhan dua angka pada tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya, didorong oleh kerjasama itu, selain pelan pengembangan yang dirancang.

Katanya, McDonald's agresif melabur RM1.4 bilion untuk menambah rangkaian restorannya kepada 450 cawangan di seluruh negara menjelang 2025.

"Pada masa sama, kami juga telah menyediakan kemudahan transaksi tanpa tunai di semua cawangan restoran kami di seluruh Malaysia, termasuk delivery yang bermula bulan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Berhad, Lim Yew Hoe berkata, kerjasama dengan McDonald's akan memberikan berjuta-juta pelanggan restoran itu untuk menikmati salah satu jenama terkenal dan paling digemari di Malaysia.

"Sejak 35 tahun lalu sempena ulang tahun ke-100 F&N, 100Plus telah berkembang daripada minuman sukan dengan kandungan isotonik serta dapat menyegar dan menghidratkan semula badan, kepada minuman sedia diminum paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.- Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tOyXiu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Minuman 100Plus Di McDonald’s

Sekianlah artikel Minuman 100Plus Di McDonald’s kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Minuman 100Plus Di McDonald’s dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/minuman-100plus-di-mcdonalds.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Minuman 100Plus Di McDonald’s"

Catat Ulasan

Loading...