Loading...

Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas

Loading...
Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas
link : Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas

Baca juga


Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas


JAKARTA : Setelah sering melakukan siri serangan terhadap anggota polis di Indonesia, kumpulan pengganas di negara ini kini telah berani selangkah lagi dengan memasang bendera Daesh di pagar balai polis dan meletakkan surat ugutan.

Media-media dalam talian melaporkan kejadian itu berlaku pada pagi semalam di Balai Polis Seksyen Kebayoran Lama, Jakarta Selatan di sini.

Kejadian itu disedari setelah anggota polis di balai itu yang bertugas membuat rondaan keliling balai pada pukul 5.30 pagi menemui bendera militan pengganas itu terpasang di pagar balai berkenaan.

Selain bendera itu, terdapat sekeping kertas kuning yang dilekatkan dan mempunyai tulisan berbaur ugutan bahawa puak pengganas akan menjadikan Jakarta seperti Marawi di Filipina.

Marawi ialah sebuah kota di Pulau Mindanao di selatan Filipina yang kini dalam keadaan darurat kerana ditempur oleh pasukan keselamatan negara setelah kawasan itu dikuasai oleh kumpulan Maute yang dikaitkan dengan Daesh.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya Argo Yuwono dipetik sebagai berkata, antara perkataan yang ditulis dalam kertas kuning itu termasuklah mereka ingin menggulingkan hukum jahiliah dan diganti dengan hukum Allah.

Katanya, polis tidak terasa tergugat dengan perbuatan itu kerana pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan malah mendapat maklumat bahawa balai polis itu sememangnya menjadi sasaran puak yang mahu menimbulkan kekacauan.

Polis sedang membuat pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta keterangan daripada beberapa saksi yang berada di sekitar lokasi balai polis itu.

Pada Ahad lepas, dua anggota polis cedera setelah diserang dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang tidak dikenali selepas solat berjemaah dalam sebuah masjid berhampiran Markas Besar Polis Indonesia di sini.

Pada Mei lepas tiga anggota polis terkorban dalam satu kejadian letupan bom bunuh diri oleh seorang lelaki di sebuah stesen bas di Kampung Melayu di Jakarta Timur. — Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2unKWR6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas

Sekianlah artikel Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/polis-indonesia-terima-ugutan-pengganas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Indonesia Terima Ugutan Pengganas"

Catat Ulasan

Loading...