Judul : Penjelajahan ke 60 negara selama 4 tahun membawa lelaki ini menerima Islam
link : Penjelajahan ke 60 negara selama 4 tahun membawa lelaki ini menerima Islam
Penjelajahan ke 60 negara selama 4 tahun membawa lelaki ini menerima Islam
Michael Ruppert, seorang lelaki berusia 29 tahun dari Netherlands, telah memulakan perjalanannya menjelajah ke seluruh dunia empat tahun lalu dan telah melawat 60 negara setakat ini.
Dia sering berkongsi pengalamannya bersama rakan dan keluarganya menggunakan poskad sepanjang pengembaraannya. Penjelajahannya sangat mengagumkan kerana membawanya untuk mencari Islam, mempelajarinya, dan akhirnya menjadikannya seorang Muslim.
Sepanjang pengembaraannya selama empat tahun, dia telah banyak mengembara ke sekitar Malaysia dan Indonesia. Dia tidak pernah menginap di hotel mahupun asrama, tetapi sentiasa dengan keluarga warga tempatan untuk mempelajari adat dan budaya mereka. Semua keluarga angkatnya adalah keluarga Muslim.
Mereka tidak pernah meminta Michael untuk menukar agama, tetapi mereka hanya menunjukkan gaya hidup mereka. Itu yang membuatkan Michael tertarik untuk lebih mengetahui tentang Islam dan mengapa dia mula menyertai kelas tentang Islam di masjid tempatan di Kuala Lumpur dan Jakarta.
Malah, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk memeluk Islam sepanjang kelas tersebut. Gurunya juga menghormati keputusannya dan hanya bersungguh menunjukkannya banyak maklumat tentang Islam.
Selepas beberapa minggu berbincang beberapa perkara, membaca al-Quran, dan belajar cara solat, dia sedar bahawa memeluk agama Islam adalah perkara yang betul untuk dibuat dalam hidupnya sekarang.
Dia telah berkahwin dengan Adin Lubis, 22, dari Indonesia. Dia berkenalan dengan Adin melalui media sosial apabila dia bercadang ingin merasai pengalaman ketika Ramadan bersama keluarga Muslim tempatan.
Setelah melakukan pencarian di media sosial, dia menjumpai Adin dan menyatakan hasratnya. Adin terus menjemput Michael untuk tinggal selama tiga hari bersama dengan keluarganya di Medan, Indonesia ketika Ramadan. Tetapi, tiga hari telah bertukar menjadi tiga minggu. Dan begitulah semuanya bermula!
Lihat perkongsian perjalanannya di Facebook Starring you dan di laman Instagram, starringyouworldwide.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tWDYEo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Penjelajahan ke 60 negara selama 4 tahun membawa lelaki ini menerima Islam
Anda sekarang membaca artikel Penjelajahan ke 60 negara selama 4 tahun membawa lelaki ini menerima Islam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/penjelajahan-ke-60-negara-selama-4.html
0 Response to "Penjelajahan ke 60 negara selama 4 tahun membawa lelaki ini menerima Islam"
Catat Ulasan