Judul : Tunku Tun Aminah Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini
link : Tunku Tun Aminah Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini
Tunku Tun Aminah Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini
JOHOR BAHRU: Puteri Tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim akan melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.
Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, istiada bagi meletak kerja akan diadakan pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja.
Istiadat pertunangan akan diadakam jam 10 pagi pada 14 Ogos diikuti dengan istiadat nikah manakala persandingan pula akan diadakan pada 8 malam di Bilik Singgahsana Istana Besar.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah melangsungkan perkahwinannya.
"Istiadat perkahwinan pasangan pengantin Diraja akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor." katanya sebagaimana lapor BH Online.
Dalam pada itu, Sultan Johor berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsuddin sebagai wali.
Difahamkan, majlis perkahwinan akan dilangsungkan secara tertutup.
Sumber: BH Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsYkSt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tunku Tun Aminah Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini
Anda sekarang membaca artikel Tunku Tun Aminah Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tunku-tun-aminah-langsung-perkahwinan.html
0 Response to "Tunku Tun Aminah Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini"
Catat Ulasan