Loading...

Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika

Loading...
Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika
link : Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika

Baca juga


Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika

MALAYSIAKINI
 
 
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata rakyat Malaysia perlu menolak BN dalam pilihan raya untuk mengembalikan semula maruah negara ini.

Beliau membuat gesaan itu selepas menonton video di YouTube yang menyaksikan seorang pemimpin Afrika membuat lawak berkaitan amalan rasuah di Malaysia.

“Ini menandakan kemerosotan kedudukan dan reputasi Malaysia di mata dunia, bukan rakyat Malaysia buat lawak tentang rasuah di Afrika, tetapi Malaysia yang jadi bahan lawak orang Afrika dalam persidangan antarabangsa berkaitan rasuah dan kleptokrasi,” katanya.

Lim merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Kenya Raila Amolo Odinga di Wilson Centre, Washington, Amerika Syarikat pada 2013.

Video itu bagaimanapun baru dimuat naik ke YouTube pada 11 November lalu.

Dalam video sejam 22 minit itu, Raila di penghujung ucapannya bercakap berkaitan amalan rasuah.

Beliau bagaimanapun mengulasnya dengan sebuah jenaka berkaitan sebuah negara Afrika, yang hanya dirujuknya sebagai 'Negara X'.

Katanya, rombongan dari Negara X diketuai seorang menteri melawat ke Malaysia dan ditunjukkan projek-projek pembangunan oleh menteri kerja raya Malaysia.

Selepas itu menteri Afrika itu dibawa ke rumah menteri Malaysia yang besar, terdapat kolam renang dan lamanya sebesar setengah ekar.

“Dia tanya menteri (Malaysia) itu, 'Macam mana kami dapat semua ini?' Menteri itu bawanya ke beranda dan berkata; 'Nampak jalan di sana?” Lelaki itu kata 'ya'. Dia (menteri Malaysia) jawab, '10 peratus di sini' (rumah),” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Tidak tamat di situ, Raila menyambung ceritanya, selepas setahun, menteri Malaysia itu membuat lawatan balas ke Negara X dan turut dibawa berjalan-jalan sekitar negara itu dan ditunjukkan projek pembangunan.

Di sebelah petang, kata Raila lagi, menteri Malaysia itu dibawa untuk makan malam di rumah menteri Negara X.

“Dia masuk ke laman. Lamannya sebesar 5 ekar. Bila masuk ke dalam, dia dapati semua perabot diimport dari Eropah, dan banyak benda keemas-emasan. Dia nampak kolam renang bersaiz Olimpik.

“Dia (menteri Malaysia) tanya (menteri Afrika) bagaimana dia dapat semua ini.

“Dia dibawa ke beranda. 'Kamu nampak jalan di sana?'. Menteri Malaysia itu tidak nampak sebarang jalan. Kemudian, dia (menteri Afrika) itu memberitahu, “Seratus peratus di sini (rumah ini).”

LIHAT VIDEO DI SINI

 



Demikianlah Artikel Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika

Sekianlah artikel Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/11/rasuah-msia-jadi-bahan-lawak-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rasuah: M'sia jadi bahan lawak pemimpin Afrika"

Catat Ulasan

Loading...