Loading...

Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi

Loading...
Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi
link : Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi

Baca juga


Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi


SHAH ALAM: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang menafikan wujudnya unsur salah guna kuasa apabila Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menggunakan pesawat TUDM ke Majlis Berbuka Puasa dan perjumpaan warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Menurutnya, kehadiran Mohamad ke majlis pada 26 Mei lalu adalah jemputan program rasmi tahunan TUDM serta perjumpaan pertama anggota TUDM bersama Menteri Pertahanan.

“Pada hari penerbangan, pesawat pengangkut TUDM A400M membawa delegasi Menteri Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan ATM ke Butterworth. Penerbangan pesawat tersebut juga digunakan bagi memberi manfaat dan melengkapkan jam penerbangan juruterbang TUDM yang membawa pasangan berkenaan.

“Ini kerana setiap juruterbang perlu melengkapkan jumlah jam penerbangan bagi mengekalkan tahap kompetensi mereka.

“Sehubungan itu, pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos penerbangan oleh Kementerian Pertahanan bagi kedua-dua tujuan yang dinyatakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wawancara Khas Panglima Tentera Udara Bersama Media Sempena Hari TUDM Ke-60 di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Jelasnya, kehadiran Menteri Pertahanan mengikuti penerbangan bersama pesawat A400M juga bertujuan memberikan pendedahan berkenaan keupayaan, prestasi, kredibiliti dan kemampuan pesawat pengangkut pelbagai guna dalam menjalankan pelbagai operasi ketenteraan disamping mengekalkan tahap kesiagaan ATM.

Sebelum ini, peguam Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa berlakunya salah guna kuasa terhadap aset kerajaan berkenaan penggunaan pesawat TUDM. #sumber


Demikianlah Artikel Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi

Sekianlah artikel Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/affendi-menteri-pertahanan-guna-pesawat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Affendi: Menteri Pertahanan Guna Pesawat TUDM Atas Urusan Rasmi"

Catat Ulasan

Loading...