Loading...
Judul : Padah Gara-Gara "Ketuk Kepala", Pegawai Imigresen Kena Gantung Tugas
link : Padah Gara-Gara "Ketuk Kepala", Pegawai Imigresen Kena Gantung Tugas
Padah Gara-Gara "Ketuk Kepala", Pegawai Imigresen Kena Gantung Tugas
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya memandang serius perkara itu ekoran perlakuan pegawai itu jelas menjejaskan imej dan bertindak bertentangan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam.
“Pengurusan tertinggi Imigresen telah mengambil tindakan serta merta dengan mengenakan tindakan tahan kerja ke atas pegawai terbabit.
“Imigresen tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka melakukan kesalahan sedemikian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian berhubung isu video seorang pegawai Imigresen yang bertindak dengan kasar ke atas seorang warga asing ketika berurusan di kaunter Imigresen di Wisma Persekutuan, Johor Bahru, hari ini, yang tular di media sosial.
Katanya, tindakan serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja terhadap pegawai yang melakukan kesalahan.
“Imigresen tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan& Tatatertib) Pindaan 2002,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Padah Gara-Gara "Ketuk Kepala", Pegawai Imigresen Kena Gantung Tugas
Sekianlah artikel Padah Gara-Gara "Ketuk Kepala", Pegawai Imigresen Kena Gantung Tugas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Padah Gara-Gara "Ketuk Kepala", Pegawai Imigresen Kena Gantung Tugas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/padah-gara-gara-ketuk-kepala-pegawai.html
0 Response to "Padah Gara-Gara "Ketuk Kepala", Pegawai Imigresen Kena Gantung Tugas"
Catat Ulasan