Loading...

Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta !

Loading...
Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta !
link : Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta !

Baca juga


Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta !


KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mendesak tujuh Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan serta merta kerana didakwa sudah hilang kepercayaan awam dan bersubahat dalam salah laku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata walaupun terdapat bukti mengenai masalah pengurusan PRU-14, tidak ada satu pun pegawai atau pesuruhjaya SPR yang tampil bertanggungjawab.

"Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan Timbalannya, Tan Sri Othman Mahmood serta lima lagi ahli SPR sehingga hari ini tanpa segan silu memegang jawatan mereka dan enggan meletak jawatan serta bertanggungjawab.

"Tujuh ahli SPR perlu meletak jawatan kerana hilang kepercayaan awam dan bersubahat dalam salah laku pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kertas cadangan Pelan Tindakan Reformasi Pilihan Raya kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, yang diterima oleh Sekretariatnya, Zawiah Mohd Yusof, di Menara Ilham, di sini hari ini.

Shahrul Aman berkata, pihaknya turut menuntut jawatankuasa pembaharuan itu dan kerajaan memberi perhatian kepada reformasi pilihan raya berdasarkan pelan yang dicadangkan Bersih 2.0 dalam tempoh 100 hari dan dua tahun berikutnya.

"Untuk memulakan proses pembaharuan ini, Bersih 2.0 menuntut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memulakan proses penggantungan Mohd Hashim dan Othman bagi menjalankan siasatan serta penyingkiran mengikut Artikel 114(7) Perlembagaan Persekutuan.

"Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk menyingkirkan tujuh Ahli SPR, langkah drastik ini perlu segera dilakukan bagi memastikan kebebasan dan integriti SPR dibina semula," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta !

Sekianlah artikel Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/bersih-20-mendesak-tujuh-ahli-spr-letak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersih 2.0 "Mendesak" Tujuh Ahli SPR "Letak Jawatan" Serta Merta !"

Catat Ulasan

Loading...