Loading...
Judul : Calon PKR Rantau, Dr Streram Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14
link : Calon PKR Rantau, Dr Streram Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14
Calon PKR Rantau, Dr Streram Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14
SEREMBAN: Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Streram, 63, yang diwakili peguam GP Sreekant, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Sathia Stella, berbuat demikian bagi memohon perintah mahkamah supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kawasan berkenaan.
Alasan diberikan ialah perjalanan penamaan calon pilihan raya tidak dilaksanakan mengikut undang-undang sehingga Streram dihalang menyerahkan borang pencalonan.
Dalam petisyen itu, Streram yang juga pakar bius menamakan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Rantau, Amino Agos (kedua) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (ketiga).
Pada 28 April lalu, Mohamad diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau oleh Amino selepas Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon disebabkan tidak mempunyai pas SPR.
Berdasarkan petisyen berkenaan, beliau mendakwa tidak diberitahu oleh responden ketiga bahawa pas masuk untuk calon dan wakil calon diperlukan untuk masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Rembau dekat sini.
Pada jam 4.30 petang 27 April, beliau mendakwa diberitahu rakan supaya mengambil pas masuk untuk calon dan wakil calon di Pejabat Daerah Rembau, namun premis itu sudah ditutup sebaik beliau tiba.
Dr Streram kemudian diberitahu oleh seorang pegawai wanita bahawa beliau boleh mengambil pas pada awal pagi sebelum menyerah borang penamaan keesokan harinya, bagaimanapun beliau tidak dibenarkan masuk apabila tiba.
Dua pegawai SPR kemudian memberitahunya pas akan diuruskan dalam masa dua minit, namun mereka tidak keluar semula sebelum beliau mendapat tahu SPR mengumumkan Mohamad menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau.
Pada 7 Mei lalu, Dr Streram memfailkan saman pemula terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan SPR menuntut ganti rugi RM7.6 juta atas dakwaan berlaku salah laku ketika proses penamaan calon, sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada PRU-14. #sumber
Demikianlah Artikel Calon PKR Rantau, Dr Streram Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14
Sekianlah artikel Calon PKR Rantau, Dr Streram Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon PKR Rantau, Dr Streram Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/calon-pkr-rantau-dr-streram-fail.html
0 Response to "Calon PKR Rantau, Dr Streram Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14"
Catat Ulasan