Loading...

Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini

Loading...
Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini
link : Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini

Baca juga


Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Felcra Berhad, hujung bulan ini.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya akan dihantar akhir bulan ini.

“Insya-ALLAH saya akan hantar surat peletakan jawatan hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

Peletakan jawatan itu susulan kekalahan BN dalam PRU14 yang menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan negara.

Semalam, Majlis Penasihat Kerajaan bertemu pimpinan Felcra Berhad bagi membincangkan tentang operasi serta prestasi organisasi itu.

Namun ia tidak menyentuh kedudukan Ahli Parlimen Kinabatangan itu selaku pengerusi agensi terbabit.

Mengulas tentang senario parti yang keluar dari BN, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, BN tidak meminta mana-mana parti berbuat demikian.

“Saya rasa UMNO masih lagi kuat di peringkat akar umbi dan boleh jadi ‘back up’ BN sebab ada sesetengah parti (dalam BN) tidak menyumbang apa-apa. Jadi tak ada sebab untuk mereka bersama BN.

“Kita tidak minta sesiapa keluar (BN), tetapi siapa hendak keluar, silakan. Sesiapa yang hendak bersama kita, teruskan. Selagi kuat, kita boleh bantu kemenangan BN,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut mempersoalkan layanan diberikan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini disiasat berhubung dakwaan kontroversi 1Malaysia Development  Berhad (1MDB) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

“Soal berpatutan memang tidak patut, tetapi beginilah yang berlaku apabila sebuah parti yang hendak menjadi pemerintah.

“Bila mereka dapat kuasa, mereka akan gunakan apa jua kuasa yang ada untuk jatuhkan lawan mereka. Saya percaya rakyat pun faham dengan apa yang berlaku. Bukan ini perubahan yang mereka mahu,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini

Sekianlah artikel Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/bung-moktar-akan-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bung Moktar Akan Letak Jawatan Pengerusi Felcra Hujung Bulan Ini"

Catat Ulasan

Loading...