Loading...

Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO

Loading...
Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO
link : Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO

Baca juga


Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO


SEREMBAN: Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat, 41, menjelaskan beliau masih bersama UMNO walaupun bertindak melepaskan jawatan yang disandang dalam parti itu.

Menurutnya, ramai pihak salah faham beliau keluar UMNO berikutan kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook rasminya 'Syamsul Amri Ismail Official' hari ini.

"Saya masih bersama UMNO. Saya cuma lepaskan jawatan saya dalam parti itu bagi memberi laluan kepada individu lain.

"Saya diminta bertanding pemilihan UMNO akan datang, tetapi saya sibuk dengan jadual ceramah dan mahu menumpukan perhatian kepada Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Syamsul Debat dalam kenyataannya hari ini mengumumkan beliau melepaskan jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Pancor, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pancor dan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Beliau antara lain memaklumkan mengambil tanggungjawab di atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selain mahu memberi tumpuan terhadap aktiviti badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam PRU-14 pada 9 Mei lalu, Syamsul Debat yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) gagal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat selepas memperoleh 6,419 undi.

Kerusi itu dimenangi oleh Aminuddin Harun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperoleh 9,832 undi.

Calon Pas, Rahim Yusof memperoleh 1,331 undi, manakala calon bebas Bujang Abu mendapat 15 undi. #sumber


Demikianlah Artikel Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO

Sekianlah artikel Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/lepas-jawatansyamsul-debat-perjelas-dia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lepas Jawatan,Syamsul Debat Perjelas Dia Masih Bersama UMNO"

Catat Ulasan

Loading...